Kepada ibu bapa di luar sana, tolonglah pantau anak-anak korang tambahan pulak yang masih kecil dan tak pandai nak berjalan. Dah banyak insiden melibatkan eskalator dan kanak-kanak di pusat belah berlaku, kes yang terbaru ni paling buat admin rasa ngeri!
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang kanak-kanak dilaporkan telah tersepit tangannya ketika menaiki eskalator di sebuah pasaraya dekat Bintulu.
Kanak-kanak tu admin anggarkan lebih kurang berusia 1 hingga 2 tahun. Adoi mak berdarah weh tangan budak tu!
https://twitter.com/999Malaysia/status/1141335339140706304?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1141335339140706304%7Ctwgr%5E393039363b636f6e74726f6c&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.worldofbuzz.com%2Fviral-photos-of-sarawakian-child-getting-fingers-stuck-in-escalator-skirting-horrifies-netizens%2F
“Anak kecil sebesar tu tak salah. Yang salah ibu bapa tak jaga anak elok-elok”
Posting yang mendapat 1.1k shares ini telah mengundang pelbagai kecaman netizen yang rata-rata menyalahkan ibu bapa tersebut di atas kecuaian mereka.
Ngeri betul min tengok tangan budak tu tersepit macam tu! Entah macam mana parents dia tarik keluar.
“Aku tengok pun boleh rasa pedih. Fuhhhh. Mintak-mintak budak ni tak pape”
Hingga setakat ni, keadaan budak terbabit masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun admin berharap budak tu sembuhlah dan jari dia tak apa-apa. Kesian kalau kecil-kecil dah kudung satu jari.