in

“Padan muka kena setepek” – Netizen Tepuk Tangan Tengok Brader ‘Sound Direct’ Penunggang Motosikal Ni

1Abg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemanduan berhemah adalah perkara yang penting untuk diamalkan setiap kali kita di jalan raya. Kalau setiap pengguna jalan raya berhemah, kemalangan boleh dielakkan.


Menerusi akaun Twitter @My_CrimeWatch, kejadian kemalangan yang dirakam melalui dashcam menjadi tular selepas pemandu yang menjadi saksi ‘sound direct’ penunggang motosikal yang menjadi ‘punca’ kemalangan. Cuba korang tengok video kat bawah ni.

 

Padan muka kena sound

Admin dengar brader yang sound tu memang rasa puas hati. Memang patut kena tegur macam tu pun. Bagi dia ingat sikit supaya tak susahkan orang lain nanti.

Screen Shot 2020 02 09 At 11.51.58 AmYang in betul. Kadang-kadang admin yang sendiri bawak moto pun pelik gak dengan perangai rider-rider yang lain. Suka-suka hati je menyelit sana sini. Boleh menyelit tu, tapi kena tengok keadaan lah jugak kan.

Screen Shot 2020 02 09 At 11.52.49 AmKalau tengok video memang nampak lah mat moto yang tergolek tu salah. Iyelah kan, orang nak belok ke kanan, time tu juga lah kau nak menyelit kat situ. Memang mendapat lah.

Screen Shot 2020 02 09 At 11.54.36 AmHahaha, bukan gaduh ni. Ni tegur depan-depan. Kalau bincang selalu bawa ke tepi jalan. Untuk mat moto dan rider sekalian, harap kita semua lebih berhati-heti dan yang paling penting, jadilah penunggang motosikal yang berhemah. 

 

Baca: “Tu highway kan?”- Kemalangan Libatkan Motosikal dan’Entiti Misteri’ Jadi Buah Mulut Netizen

Screen Shot 2020 02 09 At 12.24.51 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.