Takut Coronavirus, Orang Sekarang Sanggup Pecahkan Kenderaan Demi Nak Curi Face Mask Yang Semakin Kurang Di Pasaran

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Disebabkan penularan wabak coronavirus atau nama barunya COVID-19, orang sekarang memang cepat paranoid sebab takut terjangkit dengan virus ni.

Salah satu langkah pencegahan yang paling common akan virus ini ialah dengan memakai penutup muka atau face mask. Disebabkan hal tu lah, face mask ni sampai sekarang tak ada di pasaran dan kalau restock pun cepat habis.

Malah lebih menyedihkan, ramai pulak penjual kat luar sana ambil kesempatan dengan menjual face mask dengan harga cekik darah!

Sumber: Shopee

 

Kereta sampai kena pecah gara-gara pencuri nak cilok face mask?  

Menurut WORLD OF BUZZ, disebabkan permintaan terhadap face mask ni dah meningkat ke tahap yang kritikal, ada laporan mengatakan yang orang sekarang sanggup pecahkan kereta demi mencuri beberapa kotak face mask yang ada di dalamnya! Whaaat!

Sumber: WOB

Kejadian yang berlaku di Hong Kong ni terjadi apabila sebuah kereta yang diparkir dekat tepi jalan telah dipecahkan cermin tempat duduk belakang selepas pencuri terlihat beberapa kotak face mask yang ada di dalamnya.

Sumber: WOB

 

Polis tahan pencuri face mask

Menurut laporan, ada 8 kotak face mask jenis N95 (antara face mask dengan level protection terbaik dari face mask lain) telah dicuri daripada kereta tersebut.

Susulan itu, pemilik kenderaan telah membuat laporan polis selepas mendapati keretanya dipecah dan penutup muka hilang dicuri.

Sumber: WOB

Pantas melakukan tugas, pihak polis telah berjaya menahan lelaki berusia 33 tahun yang konon ‘ada connection’ dengan kes tersebut. Namun, polis masih tak sure sama ada suspek ni buat kerja tersebut sendiri atau dengan rakan lain yang bersubahat.

Uish tak sangka macam ni punya teruk ye negara kat luar sana punya gila nak dapatkan face mask. Kat sini pun kalau nak cari face mask memang payah tapi takdelah ke tahap sampai nak mencuri kan. Apa-apapun harap tak jadi lah benda macam ni kat Malaysia nanti. 

Baca: “Pesakit coronavirus disumbat dalam kotak besi” – [VIDEO] Cara Kerajaan China Kuarantin Pesakit Cetus Kontroversi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!