in

“Ni parut kawan mak cucuh dengan besi panas” – 2 Tahun Remaja Ini Didera Oleh ‘Partner’ Pengkid Ibu

57168377 2306320429389539 6147525388143689728 N 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat anak-anak lain yang sedang membesar  di didik dengan penuh kasih sayang oleh ibunya, gadis 13 tahun yang bernama Alia pula diduga dengan sikap ibu yang kejam.


Hidupnya berubah menjadi duka sejak 2 tahun lepas apabila ibu bapanya bercerai, lebih teruk lagi bila ibunya yang menjalinkan hubungan songsang ini telah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan kepada Alia, malah didera teruk oleh pasangan pengkid ibunya tu.

Sebak rasanya bila baca kisah duka Alia yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh ini.

 

Kena basuh baju, adik tidur di atas simen..Si pengkid cucuh kaki dengan besi panas

57168377 2306320429389539 6147525388143689728 N

“Cikgu, saya tidur dalam bilik air hampir setiap malam. Kena basuh baju 5 orang guna tangan. Adik saya pula tidur kat luar atas simen,” kata Alia sambil tersenyum.

Demi Tuhan aku tidak pernah sebak seperti hari ini. Dah banyak kes aku santuni, kes Alia paling meruntun hati.

Perlahan dia selak kaki seluarnya dan kata,

“Cikgu. Ni parut kawan mak cucuh dengan besi panas.”

“Sakit tak?” tiba-tiba terpancul soalan bodoh dari aku.

Dia tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Senyumannya manis sungguh. Senyuman paling manis aku pernah saksikan.

Senyumannya itu merobek hatiku. Terasa dikoyak-koyak, terasa dicarik-carik hati ini.

Betapa dia menerima semua dugaan ini dengan senyuman dan ketabahan. 2 tahun bukan satu tempoh singkat. Didera ibu dan pasangan ibu sendiri (pengkid).

Bagaimanapun, syukur ke hadrat ilahi kerana penderitaan yang Alia harungi selama 2 tahun ini telah berakhir apabila dia berjaya lari loloskan diri dari tempat tinggal ibunya dan lari ke rumah neneknya. Bahkan si pengkid durjana tu pun telah ditangkap.

 

Rotan di badan, kaki bahkan kepala

Hari ini, polis berjaya mengesan adik perempuannya yang berusia 10 tahun. Punya la neneknya lega bila adiknya dapat diselamatkan.

Dan si pengkit celaka itu ditangkap polis. Pengkid itulah yang banyak kali mencucuh Alia dan adiknya dengan besi panas.

Pernah merotan badan mereka bukan hanya di kaki, bahkan badan dan kepala. Ya, kepala pun pernah dirotan. 

Entah apa dosa anak kecil yang comel ini.

Si ibu masih bebas. Namun aku percaya tidak lama. Sehari dua lagi pasti akan ditangkap juga.

Episod duka Alia bermula apabila ibu bapanya bercerai 2 tahun lepas, hak penjagaan sepatutnya jatuh ke milik ayahnya, namun ketika ibunya melawat mereka dua beradik, ibunya bawa lari Alia dan adiknya ini.

Menurut cikgu Fadli, Alia ini seorang murid yang bijak, tapi sayang kebijakan itu tidak dimanfaatkan sebaiknya kerana si ibu tidak menghantarnya ke sekolah. Malah, kad pengenalan Alia pun tidak didaftarkan biarpun umurnya kini sudah mencecah 13 tahun.

 

Tak hantar pergi sekolah, kad pengenalan malas nak buat

Kisahnya begini…

Ibu dan ayah Alia bercerai 2 tahun lepas. Hak penjagaan dapat kepada ayah Alia dan mereka tinggal di rumah neneknya.

Ramadan 2017, si ibu datang kata nak melawat Alia dan adiknya untuk berbuka puasa.

Namun sebaik keluar rumah, bayang mereka tidak lagi kelihatan. Alia kini berusia 13 tahun. Adiknya pula 10 tahun. Badannya kurus keding dan kecil bagai budak darjah 5. Allahu, sedihnya tengok fizikal dia.

Alia ini murid bijak. Pernah mendapat tempat pertama dalam kelas semasa tahun 4. Namun sejak dilarikan ibu kandung, dia dan adiknya tidak bersekolah.

Adiknya pun murid yang pintar. Namun nasib mereka berdua dilarikan oleh ibu yang tidak bertanggungjawab. Tidak lagi bersekolah sejak itu.

Bahkan i/c Alia pun ibunya tidak buatkan meskipun usianya dah mencecah 13 tahun. Kejamnya. 

Ibunya ada kawan (pasangan). Seorang pengkid. Si pengkid durjana inilah paling banyak mendera mereka.

Ibu kerja direct selling sahaja. Menyewa bilik bersama pasangan durjana dan Alia serta adiknya.

Bertahun hidup dengan sengsara, sampai beberapa hari lepas, Alia berjaya meloloskan diri dan lari ke rumah neneknya. Terus neneknya bawa ke balai polis dan laporkan kes penderaan ini.

Apapun, ia sudah pun berakhir, semasa Alia ke rumah neneknya, dia dibawa ke hospital dan terbukti ada kesan dera ditubuh Alia.

Serbuan polis telah di lakukan, pada mulanya polis gagal menemui adiknya dan kini mereka berdua telah berjaya di temukan. Biarpun ibunya kini masih bebas, sekurang-kurangnya Alia dilindungi dengan baik oleh neneknya.

 

Lari senyap-senyap ke rumah nenek, hospital buktikan ada kesan dera. Si pengkid telah ditangkap tapi ibu masih bebas

Alia dibawa ke hospital untuk diperiksa dan ternyata ada kesan dera yang berparut ditubuhnya.

Serbuan polis semalam tidak berjaya menjumpai adiknya. Namun hari ini, adiknya pula dapat diselamatkan dan si pengkid durjana dapat ditangkap.

Tahniah Polis Diraja Malaysia!

Aku meluangkan masa lebih kurang 20 minit bersama neneknya dan Alia. Banyak cerita yang mereka kisahkan pada aku.

Setiap cerita yang Alia bagitahu, semuanya dalam senyuman. Ah anak. Tabah sungguh hatimu.

Senyumanmu itu sangat-sangat memilukan. Kerana aku tahu kau menyorok 1001 kisah duka dan derita disebalik senyuman manismu.

Seronok Alia bila aku hadiahkan buku-buku tulisan aku. Dia sangat suka membaca. Sangat!

“Alia. Ini untuk Alia tau. Ada cikgu tulis kata-kata semangat dalam ni. Bacalah. Dan ini nombor telefon cikgu. Ada apa-apa masalah, telefon cikgu ya!”

Alia mengangguk tanda faham.

Sebelum aku pergi, dia hulur tangan untuk bersalam. Dikucup tanganku penuh ikhlas. Dia senyum dan tatap mata aku dalam-dalam.

“Cikgu. Terima kasih. Terima kasih.”

Ya Tuhannn… Hampir saja air mata aku jatuh. Sedaya upaya aku telan setiap titisan air mata.

Aku perlu kuat depan Alia. Aku patut memberinya semangat. Aku hendak dia tahu aku seorang yang boleh dia harap saat semangatnya hilang.

Demi Tuhan, aku sangat ingin memeluk dia saat itu. Jika tidak kerana tegahan agama, anak ini pasti aku peluk erat-erat.

Matanya itu, senyumannya itu, raut wajahnya, memberi perasaan sebak yang sangat.

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja lantas beredar. Aku tidak lagi boleh duduk lama kerana takungan air mata hampir tidak boleh ditahan lagi.

Alia. Terus kuat. Terus tabah. Bacalah buku-buku cikgu. Ada semangat untukmu dalam buku-buku itu.

Alia. Kamu simpan nombor cikgu. Jangan malu jangan segan untuk hubungi untuk apa-apa sekali pun.

Alia. Kamu terus kuat dan tabah. Doa cikgu sentiasa ada bersama.

Alia. Kamu akan baik-baik saja. Tenanglah. Senyumlah.

Alia. Cikgu bukan sesiapa. Namun cikgu akan selalu ada. Sentiasa. Ingat tu.

#MFS
– Alia –

Allahu! Sebaknya bila baca kisah Alia ni, hurmm bagi admin si pengkid tu nak tunjuk dia tu ‘abang’ sangat kot depan mak dia, sebab tu lah acah-acah kuat pukul anak. Kononnya bapa dalam keluarga. Puih!

 

Baca : Kesan Koyakan Pada Selaput Dara & Dubur, Bayi 9 Bulan Mati Didera Suami Pengasuh

Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.