in

“Ni nak kurus ke nak mati?” – Wanita Tertelan Tube Sepanjang 30cm Untuk Jolok Tekak Sebab Nak Kuruskan Badan

Tube3

Seperti wanita lain yang obses memiliki tubuh menawan, wanita 22 tahun ini memilih jalan singkat untuk kurus tanpa diet dan bersenam. Dia akan muntah secara sengaja dengan menjolok tekaknya menggunakan tiub.

Trend ini dilakukan di China dimana ada segelintir komuniti disana membincangkan ‘tips dan tricks’ mereka boleh turunkan berat badan dengan mudah, antaranya adalah memasukkan plastik yang panjang dan tipis kedalam kerongkong untuk dimuntahkan dengan sengaja.

 

Jolok kerongkong pakai tiub 30 cm sebab nak kurus

Dia pergi berunding dengan doktor pada 3 Disember lepas, mula-mula dia cuba tipu doktor dengan mengatakan yang dia tak sengaja tertelan straw.

Cuitu2A 1
Sumber : oriental daily

Tapi doktor curiga sebab dia tertelan dalam sangat, dia terus buat x-ray, dia tengok dalam badan wanita tu ada objek selebar 1.9cm dan panjangnya 30cm! Sah-sah ianya bukan straw minuman dan terus gesa minta wanita itu berterus terang. Lapor WORLD OF BUZZ.

Dia kemudiannya beritahu doktor yang dia beli tiub itu secara atas talian, digunakan untuk turunkan berat badan. Dalam imbasan yang ditunjukkan itu tiub itu dah masuk dalam perut dah pun.

Tube2
Sumber : china press

Malah ada yang dah terkena dekat dinding perut dan bahagian hujung satu lagi hampir-hampir terkena dekat kotak suaranya.

Lepas doktor dah keluarkan tiub itu, dia buat imbasan pada badan wanita itu lagi dan mendapati ada ulser dalam perut dan kerongkongnya.

Tube
Sumber : china press

Menurut doktor, ini adalah kes pertama apabila ‘tiub muntah’ tertelan tanpa sengaja, doktor juga menasihati teknik tak sihat ini boleh cenderung terkena kerosakan gastroesophageal dan pharyngeal mucosal.

Dalam jangka masa panjang, pesakit seperti ini juga boleh mengalami masalah neurologi dan juga pergerakan anggota tubuh yang tidak disengajakan.

Sebenarnya kalau nak cantik dan lawa senang je, jaga makan dan bersenam, badan pun boleh kurus, kulit pun boleh lawa. Memang lambat tapi hasilnya sangat memberangsangkan daripada apa yang korang jangka, daripada ambil jalan pintas yang boleh menjejaskan kesihatan je.

 

Baca : Suami Kuruskan Badan Demi Anak dan Isteri, Terima Kritikan Hebat Netizen

Kurus