in

“Ni baru aktor hebat!” – Kak Ogy Puji ‘Atok’ Squid Game Menang Best Supporting Actor Golden Globe 2022

Page Ogy 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sampai ke hari ini, barisan pelakon siri Netflix Squid Game yang menjadi blockbuster tahun lepas masih lagi mencuri perhatian peminat K-drama itu. Malah, mereka sendiri semakin dikenali secara global.


Menurut Allkpop, baru-baru ini pemain bernombor 001 dalam Squid Game yang menjadi salah satu watak yang paling diingati telah dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah Best Supporting Actor di Golden Globe 2022, Los Angeles! Wah, tahniah atok!

1641838483 Image

Turut sama menunjukkan sokongan terhadap kemenangan pelakon Oh Yeong-su itu, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy membuat satu posting di akaun Instagramnya @kak_ogy.

Kapsyen yang ditulis memang penuh dengan pujian malah Kak Ogy sendiri mengatakan bahawa kemenangan itu layak untuk dirangkul oleh Oh Yeong-su yang merupakan pelakon berbakat dan disegani orang ramai.

“Tak perlu juta2 followers. Mutu lakonan dan fahaman watak menambat para juri Hollywood menganugerahkan Oh Yeong-su Pelakon Drama Bersiri Squid Game Best Supporting Actor Award” – Kapsyen

Otai! Respect sikit!

Posting yang dibuat oleh Kak Ogy telah mendapat perhatian pengguna Instagram yang lain kerana rata-rata memberikan pendapat mereka dan juga pujian di bahagian komen posting yang sama.

Ig Full 2

Turut ada yang mengatakan bahawa bakat lakonan pelakon veteran Korea Selatan itu tidak dapat dinafikan kualiti yang ditunjukkan malah mereka memuji pihak juri kerana menilai mutu lakonan berbanding populariti.

Rupanya  Atok Squid Game ni pelakon Korea Selatan pertama yang menang anugerah kat Golden Globes ni… Wah, pecah rekod rupanya! Tahniah sekali lagi O Yeong-su!

Baca: ‘Atuk Squid Game’ Menang Pelakon Pembantu TV Terbaik Di Golden Globe, Kalahkan Pelakon Hollywood!

Untitled 2 8

Sumber: Allkpop
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.