“Nak buat seks, makan babi…” – Ramai Netizen Dekat Twitter Dedahkan 3 Benda Haram Mereka Teringin Nak Buat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Biasalah kalau dekat media sosial tu memang selalu ada macam-macam jenis trend kan. Tapi terbaru, ada satu tweet yang buat orang ramai teruja nak reply. Tweet tu sebenarnya menyeru orang ramai untuk beritahu 3 benda haram yang dorang teringin sangat nak buat. Dah kenapaaaaa?

Nak dijadikan cerita, ramai pulak netizen dekat Twitter yang melayan dan semangat reply bagitau apa 3 benda haram yang dorang nak sangat sangat buat. Macam-macam jawapan weh!

Tapi, menyedihkan sebab ada yang bagitau teringin nak buat seks lah, nak makan babi lah, nak buat tattoo lah. Lepas tu ada juga yang cakap teringin nak free hair dan ramai juga yang bagitau keinginan dorang untuk bela anjing.

Sumber: Twitter

Namun, seorang netizen menyelar tindakan individu yang tweet tu sebab perkara itu sebenarnya melambangkan akhlak seorang Islam. Menurut Emir Haqim, sepatutnya benda macam tu tak perlu dihebahkan dan kalau korang teringin nak buat pun just keep it to yourself.

Ni tak patut. Aku tau semua orang ada rasa nak buat benda haram. Tapi tak payah bagitau orang. Ada yang reply nak freehair, buat seks, makan babi, weh kalau Rasulullah baca semua ni apa dia rasa?? “Teringin je” OKAY then just keep it to yourself. Ni semua melambangkan akhlak seorang Islam.”

Bukan tu je, katanya lagi perkara tu juga akan buat orang non Muslim salah anggap tentang agama kita. Semua benda yang kita taip akan jadi saksi di akhirat nanti, sebab tu Emir harap netizen fikir dulu sebelum nak tweet.

Sumber: Twitter

 

“Tau tak kebanyakan umat Islam masuk neraka sebab benda-benda kecik ini?”

Emir juga selar mereka yang beranggapan dia ni tak open minded dan terlalu serious dengan benda-benda macam ni.

Sumber: Twitter

Ramai netizen yang bersetuju dengan Emir dan berkata yang umat Islam zaman sekarang makin berani permain isu agama. Bila orang nasihat dorang akan kata tak sporting lah, tak open minded lah, tak boleh bergurau lah.

Sumber: Twitter

Actually, admin setuju dengan Emir. Betul lah dia kata, jari kita ni akan jadi saksi di akhirat nanti. Tak ada siapa larang korang nak ada rasa teringin tu, tapi tak perlu dihebahkan sebab benda macam ni memalukan diri dan agama. Sebab tu pentingnya untuk kita tidak buat tindakan melulu tanpa berfikir dulu.

Harap perempuan tu delete tweet dia tu, kalau tak makin ramai lagi lah yang seronok reply pasal benda haram dorang nak buat. Hmmm….

Baca: “Mat saleh pun English terabur, diorang tak pulak perlekeh member” – Ejek Kawan Tak Reti English, Lelaki Ni Terima Kecaman Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!