in

“Nak bagi kesedaran” – Nilai Kompaun Ingkar SOP Dah Naik RM10,000 Mulai Semalam

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sah! Nilai kompaun SOP yang sebelum ini berjumlah RM1,000 kini telah pun dinaikkan ke RM10,000 bermula 12.01 tengah malam semalam.


Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, nilai kompaun ini dinaikkan berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, lapor BERNAMA.

Tambahnya lagi, nilai kompaun ini bukanlah bertujuan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau buat kerajaan boleh kutip duit dari orang ramai tapi untuk sedarkan orang ramai yang virus ini ada di mana-mana sekiranya kita lupa.

Pun begitu, Abdul Hamid mengatakan yang notis ini bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa untuk menetapkan nilai sebenar kompaun yang dikenakan.

Kompaun perlu dijelaskan dalam masa 2 minggu

Ewnnnxrvka0Oymi

Katanya, pegawai atau anggota polis hanya akan keluarkan notis kompaun kepada pesalah SOP yang membuat kesalahan seperti tak pakai pelitup muka, tak ada penjarakan fizikal atau premis tak sediakan alat pengukur suhu.

Bila pesalah dikenakan kompau RM10,000 mereka diberikan masa 2 minggu untuk selesaikan kompaun tapi pesalah boleh buat rayuan dan bergantung kepada budi bicara pegawai untuk tetapkan jumlah bayaran.”

Namun begitu, sasaran kompaun maksimum akan ditujukan kepada pesalah SOP yang degil dan masih buat kesalahan sama.

Nama-nama mereka yang melakukan kesalahan SOP yang sama akan disimpan dan direkodkan jika mereka mengulanginya merekalah sepatutnya dikenakan kompaun sehingga RM10,000.”

 

Baca: “Ikut budi bicara pihak berkuasa” – Kompaun Baharu Covid-19 Bermula Dari RM100 Hingga RM10,000

Screenshot 2021 03 12 At 10.51.47 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.