in

“Lama tunggu…” – Orang Ramai Teruja Boleh Rapatkan Saf Untuk Solat Jemaah Bermula Hari Ini!

Page Rapat Saf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula hari ini, Malaysia secara rasminya telah mulakan fasa peralihan endemik yang mana beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) juga mula berkuatkuasa pada 1 April.


Antara kelonggaran yang dikemaskini oleh kerajaan adalah pembukaan laluan darat Malaysia-Singapura. Memang meriah video rakaman kepulangan anak rantau hasil perkongsian orang ramai di media sosial!

Bukan itu saja, solat jemaah di masjid atau surau juga tidak perlukan lagi penjarakan sosial yang mana membolehkan orang ramai untuk mula rapatkan saf ketika menunaikan ibadah.

Dari tweet yang dikongsikan oleh Bernama di laman Twitter, kebanyakan masjid dan surau menunaikan solat Subuh secara berjemaah dalam keadaan saf yang rapat. Seperti yang boleh dilihat, bilangan jemaah di Masjid Bandar Baharu Senawang, Negeri Sembilan ini penuh!

“Tak sabar nak rasa vibe tarawih!”

Seiring dengan ketibaan bulan Ramadan pada 3 April ini, situasi tersebut telah buatkan ramai teruja untuk menunaikan solat sunat Tarawih seperti sediakala. Huwaa, bayangkan je pun dah buat min sebak!

Tak kurang juga yang mengatakan kelonggaran untuk merapatkan saf ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu buat sekian lamanya selepas hampir dua tahun netizen terpaksa melupakan buat seketika keseronokan itu.

Siap ada yang bergurau dengan buat meme berkaitan solat jemaah dah boleh rapatkan saf ni… Amboi, suka betul eh korang. Hahaha!

Saf 4

Saf New

Seronok min tengok kesungguhan korang nak solat jemaah kat masjid ni… Semoga dapatlah kita nikmati semula vibes solat rapatkan saf ni okay?

Baca: [TERKINI] “Boleh rapatkan saf” – Fasa Endemik Bermula 1 April, Ini 8 Perkara Diumumkan PM

Untitled 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.