in

“My brother, Insya Allah” – Cristiano Ronaldo Pilih Khabib, Yakin Menang UFC 254

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo secara terbuka meluahkan keyakinannya bahawa Khabib Nurmagomedov akan menjuarai UFC 254 dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung minggu depan.


Khabib akan bertemu juara interim Justin Gaethje dalam kategori lightweight.

Memetik laporan RT, perkara itu diluahkan pemain bola sepak itu sebaik ditanya peminat — ketika bersiaran langsung menerusi akaun Instagram rasminya baru-baru ini.

Ronaldo dengan yakin menjawab, “Sudah tentu Khabib akan menang! Saudaraku, Insya Allah.”

Difahamkan, Khabib yang juga merupakan seorang peminat sukan bola sepak pernah bertemu Ronaldo pada 2018 dan persahabatan kedua-dua bintang itu mula terjalin sejak pertemuan itu.

Ronaldo pula merupakan seorang peminat tegar UFC dan pernah meluangkan masa berlatih bersama seteru utama Khabib, Conor McGregor.

 

Baca: “Parents are everything” – Bapa Khabib Meninggal Dunia, Video Nasihat Bintang UFC Itu Kembali Tular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.