in

Lensa Kamera ‘Tangkap’ Cristiano Ronaldo Baca ‘Bismillah’ Sebelum Sepak Penalti?

Syaz Ft 2026 07 03T105228.891

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia bola sepak digemparkan dengan gelagat bintang global, Cristiano Ronaldo, yang didakwa melafazkan kalimah suci umat Islam beberapa saat sebelum menyempurnakan sepakan penalti kritikal ketika menentang Croatia di pentas Piala Dunia.

Aksi pusingan 32 terbaik yang berlangsung di Toronto itu bukan sahaja menyaksikan Portugal bangkit daripada ketinggalan, malah turut menjadi saksi sejarah peribadi Ronaldo yang meledak gol pertamanya di peringkat kalah mati sepanjang penampilannya di Piala Dunia.


Artikel berkaitan: Gara-Gara Aksi R*sis ‘Slanted-Eyes’ Di Stadium World Cup, Lelaki Warga Mexico Hilang Kerja!

Artikel berkaitan: Nak Tengok Bola Tapi Tersalah Fokus! Ini 7 Pemain Kacak Bawah 30 Tahun Yang Beraksi Di FIFA World Cup 2026!

Detik Cemas Di Tengah Gawang

Croatia terlebih dahulu mengejutkan juara Eropah itu apabila mendahului pada awal babak kedua. Portugal kemudiannya berdepan kekecewaan apabila jaringan Ronaldo dibatalkan akibat off side, sebelum dihadiahkan sepakan penalti tidak lama selepas itu.

Penal 435446Fa23044A2Ebe5Bc5A058Ed5F8C 1783044302
Portugal’s forward #07 cristiano ronaldo celebrates after scoring his team’s first goal from the penalty spot during the 2026 world cup round of 32 football match between portugal and croatia at the toronto stadium in toronto on july 2, 2026. (photo by cole burston / afp)

Namun, apa yang benar-benar mencuri tumpuan dunia bukanlah sekadar ketenangan Ronaldo menyumbat gol penyamaan 1-1 itu, tetapi tindak-tanduknya sebelum sepakan diambil.

Betul Ke Sebut ‘Bismillah’?

Menerusi klip video jarak dekat (close-up) yang tular di media sosial, pemain berusia 41 tahun itu dilihat bercakap sendirian ketika bersedia menghadapi tekanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MUMSC Official (@manutdmuslims)

Rata-rata netizen dan penyokong di platform X mendakwa kapten Portugal itu jelas menyebut kalimah “Bismillah” (Dengan nama Allah) sebanyak dua kali.

Spekulasi ini dikuatkan lagi memandangkan pemenang Ballon d’Or lima kali itu kini berpangkalan di Arab Saudi bersama kelab Al Nassr sejak 2023, di mana beliau sering terdedah dengan budaya dan ungkapan masyarakat Islam di sana.

Cetus Perbualan Hangat

Meskipun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kem Portugal mahupun Ronaldo sendiri, tekaan peminat ini terus menjadi topik perbualan hangat di platform digital.

Drama ini sekali gus menambah rencah menarik dalam kempen Piala Dunia yang disifatkan ramai sebagai penampilan antarabangsa terakhir buat legenda hidup tersebut. Perlawanan itu akhirnya menyaksikan Portugal menyingkirkan Croatia hasil jaringan kemenangan daripada Ramos.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.