in

“Parents are everything” – Bapa Khabib Meninggal Dunia, Video Nasihat Bintang UFC Itu Kembali Tular

Untitled Collage 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa kepada bintang UFC terkenal, Khabib Nurmagomedov dilapor telah meninggal dunia selepas mengalami komplikasi berpunca akibat COVID-19.


Harian Metro melaporkan, Abdulmanap yang memainkan peranan besar melatih Khabib sejak kecil telah menjalani rawatan selama seminggu di sebuah hospital di Moscow akibat serangan jantung — sebelum disahkan dijangkiti wabak itu.

Sepanjang di hospital juga, Khabib memaklumkan Abdulmanap berada dalam keadaan koma.

Seiring dengan khabar menyedihkan mengenai pemergian legenda juara judo dan sambo itu — satu rakaman video Khabib memberi nasihat kepada anak muda mengenai keluarga dan ibu bapa kembali tular di media sosial.

Ia merupakan rakaman temuramah yang dibuat selepas beliau menjuarai pertarungan MMA UFC 242 tahun lalu — dan ia turut dikongsikan menerusi pemilik akaun Twitter @IlmFeed.

Ketika ditanya apa nasihat beliau kepada peminat-peminatnya yang masih muda, Khabib dengan tenang menjawab “Hormati kedua orang tua kamu.”

“Jaga hubungan dengan mak ayah, dengar cakap mereka dan semua perkara dalam kehidupan kamu akan menjadi lebih baik.”

“Apabila kamu berusia 15 atau 16 tahun, kamu fikir kamu tahu segalanya dan rasa berkuasa — namun kamu lupa bagaimana keadaannya ketika kamu berusia 2 tahun. Kadangkala kamu tidak menghormati ibu bapa, namun semakin kamu dewasa — kamu perlu ingat semula bagaimana mereka membesarkan kamu suatu ketika dahulu,” katanya.

Hubungan baik antara Khabib dan bapanya sentiasa menjadi perhatian. Ramai yang tentu tidak akan lupa, melihat aksi Khabib ‘bergusti’ dengan anak beruang ketika beliau berusia 9 tahun.

Thumbnail

140513 Wnn Mix 16X9 992

Pengaruh Abdulmanap dalam hidup Khabib nyata begitu besar, dan anaknya itu berjaya diangkat sebagai antara petinju paling digeruni dalam sejarah UFC hasil latihan dan didikan penuh disiplin bapanya.

 

Baca: “Ya Allah, berilah kemudahan pada saudara Uighur kami” – Lepas Ozil, Khabib Pula Bersuara Menyokong Etnik Uighur

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.