Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akan dibawa ke rumahnya di The Mines, Seri Kembangan sebelum dikebumikan.
Artikel berkaitan: [TERKINI] Al-Fatihah, Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di IJN
Artikel berkaitan: “Saya tidak dilahirkan sebagai Siti Hasmah” -Tun Dr Hasmah Dedah Nama Sebenarnya
Jenazah akan dimandikan di rumahnya sebelum dikebumikan hari ini. Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun pukul 9.20 pagi tadi.

Tun Dr Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain. Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.
Sumber: Astro Awani, Utusan
