in

Dari Penuntut Perubatan Ke 70 Tahun Perkahwinan, Ini Kisah Cinta Abadi Tun M & Tun Hasmah

Syaz Ft 2026 08 05T162527.202

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanggal 5 Ogos merupakan tarikh yang cukup bermakna buat pasangan ‘power couple‘ nombor satu negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Pada hari ini, genaplah ulang tahun perkahwinan pasangan yang sentiasa menjadi lambang inspirasi rumahtangga dan keharmonian buat seluruh rakyat Malaysia.

Melihat keakraban serta gurau senda pasangan ini di usia emas, ramai yang mengagumi ketabahan dan kesetiaan mereka mengemudi bahtera rumahtangga.


Bermuda Dari ‘Study Buddy’

Detik awal pertemuan mereka bermula pada tahun 1947 ketika kedua-duanya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura. Menariknya, ia bukanlah ‘love at first sight’ atau cinta pada pandangan pertama, sebaliknya keakraban mereka terjalin menerusi akademik.

Ketika pelajar lelaki lain cuba memikat Tun Siti Hasmah dengan pelbagai cara romantik, Tun M memenangi hatinya dengan cara berbeza iaitu dengan menjadi study buddy!

Artikel berkaitan: 101 Tahun Tun Mahathir, Ini 7 Fakta Mengenai Beliau Yang Ramai Tak Tahu!

Artikel berkaitan: “Perkara pertama yang dibuat lepas masuk pejabat” – Tun Mahathir Rupanya Pencetus Sistem ‘Punch Card’ Di Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)

Sebagai pelajar cemerlang, Tun M kerap memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam subjek yang sukar sehingga Tun Siti Hasmah berjaya lulus dengan keputusan cemerlang.

Bahtera Perkahwinan & Kehadiran 7 Orang Anak, 18 Cucu

Selepas menamatkan pengajian, mereka mengikat tali pertunangan dan seterusnya menoktahkan ikatan cinta dengan perkahwinan pada 5 Ogos 1956 iaitu empat tahun selepas Tun M tamat pengajian dan sembilan tahun selepas Tun Siti Hasmah menamatkan pelajarannya.

Menggalas tugas sebagai isteri kepada pemimpin negara dan seorang ibu bukanlah satu tugasan yang mudah. Namun Tun Siti Hasmah berjaya melaksanakannya dengan cemerlang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mukhriz Mahathir (@mukhrizmahathir)

Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat anak kandung iaitu Datin Paduka Marina, Mirzan, Tan Sri Mokhzani, dan Datuk Seri Mukhriz. Kasih sayang mereka yang melimpah-ruah terus terbukti apabila mereka mengambil Melinda sebagai anak angkat pada tahun 1960, diikuti Mazhar dan Maizura pada tahun 1983.

Kian bertambah kebahagiaan keluarga ini apabila kini mereka turut dikurniakan 18 orang cucu.

Saling Menyokong Kerjaya & Suka Bergurau Senda

Tanggungjawab negara dan kerjaya tidak pernah merenggangkan hubungan, malah makin mengeratkan mereka. Sepanjang Tun M berkhidmat sebagai Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah sentiasa setia berkhidmat sebagai ‘wingwoman’ di sisinya.

Selain disiplin kerja, pasangan ini terkenal dengan sikap ceria. Menerusi pelbagai perkongsian di media sosial mahupun saluran YouTube rasmi, gelak tawa dan usik-mengusik antara mereka sentiasa mencuri perhatian netizen.

Malah, kedua-duanya gemar menari dan mempamerkan aksi bersahaja, termasuk detik Tun M cuba mengambil gambar selfie Tun Siti Hasmah ketika mengadakan lawatan kerja ke Tunisia.

Kunci Utama: Cinta & Kepercayaan

Apabila ditanya mengenai rahsia hubungan mereka yang kekal lama, Tun Siti Hasmah pernah berkongsi ringkas pada tahun 2016:

“Kunci kepada hubungan suami isteri yang baik adalah kasih sayang dan kebebasan/ruang. Kasih sayang dan kepercayaan adalah sangat penting,” kongsinya.

Tuns

Sikap bertolak ansur, saling mempercayai, gaya hidup sihat, dan tidak memegang sifat terlalu serius dalam kehidupan harian menjadi tiang utama kebahagiaan mereka sehingga kini. Sememangnya, pasangan ini wajar dijadikan contoh terutamanya buat pasangan muda yang baharu mendirikan rumahtangga.

Sumber: Nona, Tatler Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.