in

Mula Dikeluarkan 1 Jun Ini, Imigresen Dedah Pasport Baharu Malaysia Ada 94 Ciri Keselamatan!

Syaz Ft 2026 05 20T160931.149

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal memperkenalkan versi terbaharu Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bermula 1 Jun ini, yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan berbanding hanya 49 ciri pada pasport sedia ada.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menjelaskan bahawa peningkatan hampir dua kali ganda itu bertujuan memperkukuh tahap keselamatan dokumen perjalanan negara agar lebih sukar dipalsukan. Antara elemen tambahan yang diperkenalkan termasuk penggunaan hologram, cetakan sinaran ultraungu (UV), serta ciri keselamatan khas pada benang jahitan pasport.


Artikel berkaitan: Gelandangan Tular Disiram Di Kaki Lima Dapat Semula Pasport, Pulang Ke Negara Asal

Artikel berkaitan: Beroperasi Sejak 6 Bulan Lalu, Sindiket Ubah Suai Pasport Untuk Lulus Pemeriksaan Kesihatan Tumpas

Sebagai permulaan, pengeluaran PMA baharu ini akan dilaksanakan secara berperingkat di empat buah pejabat terpilih terlebih dahulu.

Datuk Zakaria Shaaban 200225N01 1 1744621241

“Kita bermula secara berperingkat pada 1 Jun di empat pejabat dahulu iaitu Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pejabat Imigresen Kuala Lumpur, Pejabat Pasport Pusat Transformasi Bandar (UTC) Wangsa Maju serta Pejabat Imigresen Shah Alam.

Kemudian kita akan susuli secara berperingkat ke seluruh pejabat cawangan pada penghujung Julai,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pasport versi lama masih lagi sah digunakan sekiranya dokumen tersebut belum tamat tempoh sah laku. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak panik atau terburu-buru menukar dokumen perjalanan mereka semata-mata untuk mendapatkan versi terbaharu ini.

“Usah tergesa-gesa untuk menukar pasport baharu dan beri peluang kepada JIM untuk ‘roll out’ secara berperingkat.

Perkara ini perlu dimaklumkan agar orang ramai tidak berebut datang ke pejabat imigresen untuk perbaharui pasport baharu. Harap mesej ini sampai kepada seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Datuk Zakaria turut memberikan peringatan tegas kepada pemohon yang membuat urusan secara dalam talian agar tidak menggunakan foto yang diubah suai atau dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.