in

Mowgli Dunia Nyata: Kisah Tragis Dani Sanichar, Kanak-kanak Yang Dibesarkan Serigala Dalam Hutan Tebal

Featured 3

Siapa yang tak pernah tonton atau baca kisah The Jungle Book, yang menceritakan mengenai kanak-kanak yang dibesarkan sekumpulan haiwan di dalam hutan.

Sesetengah mendakwa yang kisah Mowgli ini sebenarnya diinspirasikan dari kisah seorang kanak-kanak bernama Dina Sanichar.

Hqdefault

Sejauh mana kesahihannya, baca kisah dibawah.

 

Pemburu jumpa kanak-kanak bersama sekumpulan serigala dalam hutan tebal di Utara India

Kisah ini dicatatkan pada 1867, dimana ketika itu sekumpulan pemburu telah berhenti di satu lokasi di dalam kawasan hutan tebal di Bulandshahr, bahagian Utara India.

Ketika itu mereka ternampak ada sekumpulan serigala sedang berkeliaran, malah dalam kumpulan itu dilihat ada seorang kanak-kanak yang berjalan dengan keempat-empat kakinya.

Real Life Mowgli Dina Sanichar 5F156378Ab35D 700

Tak lama kemudian kumpulan serigala hilang, dipercayai masuk ke dalam gua yang merupakan tempat tinggal mereka.

Pemburu-pemburu ini kemudiannya pergi ke gua tersebut, nyalakan api untuk halau serigala tersebut sebelum mereka membunuh kumpulan serigala itu.

Kanak-kanak yang bersama kumpulan serigala kemudiannya diselamatkan oleh pemburu-pemburu tersebut dan diberi nama Dina Sanichar.

 

Dina Sanichar, Kanak-kanak ajaib atau liar?

Usianya baru 6 tahun ketika ditemui, Dani Sanichar dianggap sebagai kanak-kanak liar yang dibesarkan sekumpulan serigala dalam hutan tebal.

Di India, kisah ini mungkin dianggap biasa. Sebab selain Dani Sanichar, ada juga kanak-kanak lain yang dibesarkan oleh harimau kumbang, ayam, anjing dan lain-lain..pelik kan?

Ramai mungkin menganggap Dina Sanichar sebagai kanak-kanak ajaib, namun realitinya dia merupakan kanak-kanak liar yang hidup dalam tragis dan sering terpinggir dari masyarakat.

 

Kisah Dina selepas diselamatkan!

Kanak-kanak ini selepas diselamatkan, dia kemudiannya dibaptis dan diberi nama.

Nama Sanichar ini diberi kepadanya sebab dalam bahasa Urdu ia bermaksud hari Sabtu, iaitu hari dimana kanak-kanak ini dijumpai oleh pemburu tersebut.

Dina kemudiannya diletakkan dibawah jagaan pusat pemulihan, dan di pusat pemulihan itu ada seorang pakar psikologi kanak-kanak yang menemui beberapa sifat pelik pada Dina iaitu :

Dina sudah terbiasa makan benda kotor dan jijik. Malah kanak-kanak ini juga hanya mahu makan daging mentah walaupun sudah diajar berpakaian seperti manusia”

Landscape Avatar Copy 17 1590771794151119474817 0 0 500 800 Crop 159077180208596930245

Cuma dari segi pertuturan, Dina tidaklah bisu namun dia hanya mampu buat runut-runut bunyi seperti haiwan sahaja, selain tidak sensitif kepada haba dan kesejukan.

Bagaimanapun usaha untuk memulihkan Dina agak sukar kerana kanak-kanak itu sudah biasa dengan kehidupan seperti serigala.

5F17E4Dcd4C5F Real Life Mowgli Dina Sanichar 5F156385Ad6E0 700

Dina Sanichar walaupun dijaga dengan rapi di pusat pemulihan, namun untuk hidup seperti manusia biasa adalah agak normal. Dia boleh berjalan tapi sukar untuk pakai pakaian sendiri dan sukar untuk makan dan minum seperti normal.

Namun mengejutkan bila Dina telah menjadi perokok tegar sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada 1985 akibat batuk kering.

 

Baca : Kisah Pekan Hantu Yang Terpencil di Perak & Sejarah Sybil Kathigasu, Jururawat Pejuang Tanah Air Tapi Tak Ramai Kenal

Baca 1

Sumber: boredpanda
Sumber: aFamily
Sumber: Listopedia