Macam-macam perangailah admin tengok orang zaman sekarang ni. Ada yang terdesak nak duit sampai sanggup merompak dan meragut. Tapi tak sangka pulak admin ye, dalam kental-kental hati si penjenayah ni, rupanya ada juga yang takut bini!
Menerusi perkongsian mangsa ragut bernama Ayus di Facebook, pada Jumaat lepas, dia telah berhadapan dengan situasi diragut ketika berada di hadapan Hong Leong Bank dekat pekan lama Kuala Selangor.

Penyamun lari tinggalkan motor, mangsa apa lagi… buat laporan polis!
Pun begitu, Ayus nampaknya ‘bernasib baik’ jugalah kerana peragut tersebut lari meninggalkan motornya tanpa mematikan enjin di tempat kejadian. Situasi ni beri Ayus peluang untuk bawa motor tu ke balai polis dan buat laporan.
Tapi apa yang mengejutkan Ayus ialah keadaan peragut tersebut bila sampai di balai polis. Peragut tu menurut Ayus, menangis tersedu sedan kerana motosikal yang digunakan untuk meragut tu milik isterinya. Adoyai bang, takut bini marah ke??
“Sepanjang minggu lps..ni la kejadian yg paling x blh dilupakan..hari jumaat mlm sabtu akk kena ragut kat pekan lama ksel dpn hong leong bank..?penyamun 2 lari tgglkan motor dia yg enjinnya x dimatikan lg..apa lg senang la keje akk..bwk motor dia skali p balai polis ..
“Masa tgh buat repot..si peragut (baju merah) dtg nangis2 ?? kat balai..sbb motor 2..motor bini dia..dia takut bini dia marah..menyamun dia x takut..tp dia lg takut kena marah dgn bini..satu balai gelak..bodoh btl la..akk pun gelak jgk..jibake tol ?
“Ape2 pun tq cik bob Bobrich Bobrich, Marilah Jamari n suami..sbb teman buat repot..x lupe jgk kat 3 org hero yg kejar peragut..jasa kalian tetap kukenang..n tq sbb gelak berjemaah..”

“Ini kisah benar ke lawak ni kak…???? peragut takut bini”
Rata-rata netizen yang membaca posting ni pun macam tak percaya wujud pulak sejenis penjenayah yang takut bini. Mesti bini jenis garang habis ni. Tulah siapa suruh meragut guna motosikal isteri.

Admin harap peragut tersebut bertaubatlah daripada kesalahan yang dilakukannya. Mintak-mintak isterinya marah kaw-kaw punya sampai dia serik nak meragut dah.
Nota: Motosikal di atas hanyalah gambar hiasan.
Baca: ‘Salute’ Dengan Remaja Wanita 15 Tahun Ini Kerana Berani Rempuh Peragut Yang Curi Handphone Dia