in

“Mommy bangga pencapaian abang” – Ibu Zayn Rayyan Luah Rasa Sedih, Hanya Mampu Edit Gambar Graduasi Anak

Ibu Zayn Graduasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir dua bulan berlalu, namun kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan masih belum mempunyai sebarang perkembangan terbaharu.


Meskipun pada 29 Januari lalu, pihak polis ada melaporkan bahawa mereka telah merekodkan lebih 200 keterangan daripada pelbagai individu yang membabitkan siasatan kes berkenaan, sehingga kini tiada penangkapan dilakukan.

Artikel berkaitan: “Saya tak maafkan. Berdoa pelaku hidup tidak tenteram setiap saat” – Bapa Zayn Rayyan

Artikel berkaitan: “Rindunya mommy dekat abang” – Kongsi Gambar Ziarah Kubur, Ibu Zayn Rayyan Luah Rasa Rindu

Ibu Zayn edit gambar graduasi anak 

Bila bercakap mengenai Zayn, kita pasti akan teringatkan ibunya, Ismanira Abdul Manaf yang melalui detik-detik sukar dalam hidup apabila kehilangan anak yang disayangi.

Terbaru, hari ini, Ismanira ada memuat naik posting memaparkan gambarnya yang telah diedit bersama Zayn yang memakai jubah graduasi bagi murid prasekolah.

Difahamkan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai (2) telah menjemput keluarga Zayn Rayyan untuk menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Tamat Sekolah bagi pelajar Tahun 6, prasekolah dan PPKI.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izz Manaf (@izzmanaf)

Menerusi posting itu, Ismanira meluahkan rasa sedihnya tidak dapat bergambar dengan anak seperti ibu bapa lain.

Walau bagaimanapun, dia sangat berbangga dengan pencapaian anaknya sepanjang sesi persekolahan.

Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibu bapa lain, mommy dapat edit macam ni je,” tulisnya.

Selain itu, Zayn juga dilihat mendapat piala bagi pencapaian ‘Peningkatan Terbaik Dalam Kelas Prasekolah Sesi 2023/2024’. Allahu sedihnya… 

Rata-rata netizen meninggalkan komen sedih dan berharap Ismanira terus tabah dengan dugaan yang menimpa.

Komen Zayn

Kita sama-samalah doakan semoga kes adik Zayn ini cepat selesai. Kesian sangat dengan keluarganya. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.