in

“Rindunya mommy dekat abang” – Kongsi Gambar Ziarah Kubur, Ibu Zayn Rayyan Luah Rasa Rindu

Ibu Zayn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan yang berusia 9 tahun itu mendapat perhatian ramai sejak ianya berlaku pada 6 Disember lalu.


Setakat ini, masih belum ada petunjuk terbaru berkenaan kes tersebut dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menyelesaikan kes tersebut.

Artikel berkaitan: “Sesiapa sahaja boleh jadi suspek” –  Pakar Sifatkan Kes Zayn Rayyan Jenayah Terancang

Artikel berkaitan: Forensik Minta Saksi Kanak-kanak Lakonkan Semula Insiden Melibatkan Kes Adik Zayn Rayyan

Menerusi Instagram milik ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf berkongsi luahan hatinya yang amat menyedihkan ketika dia menziarahi kubur anak sulungnya itu.

1 8

“Assalamualaikum Abang Zayn, rindunya mommy dekat abang,” tulisnya ringkas.

Selain memuat naik IG Story, Ismanira juga memuat naik satu posting di Instagram miliknya yang memaparkan dia bersama-sama Allahyarham serta anak keduanya dengan kapsyen yang menyatakan dia tidak menyangka apa yang bakal berlaku pada tahun 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izz Manaf (@izzmanaf)

Perkara itu sudah pastinya membuat ramai netizen yang turut berduka cita dan meninggalkan komen mendoakan agar ibu itu sentiasa kuat dan Zayn akan sentiasa bahagia di ‘taman syurga’.

Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar kes pembunuhan ini dapat diselesaikan dan keadilan berpihak kepada mereka.

1 9

Al-Fatihah buat Zayn…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.