in

“Mereka ejek dan hina kata bapa saya gila” – Tulang Belakang Pelajar Tahun 3 Bengkok Gara-gara Dibuli Rakan Sekolah

Tulang Bengkok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian buli di Malaysia ni makin menjadi-jadi. Kali ini pula ia melibatkan seorang pelajar darjah 3 yang telah dibuli rakan sekolahnya di Ayer Hitam, Jerlun sampai bengkok tulang belakang! Allahuuu… 

Menurut Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Angah, 9, ini mendakwa dia sering ditendang di bahagian belakang dan paha, selain kena peras ugut meminta wang saku. 


 

“Mereka sering ejek dan hina saya kata bapa saya gila dan pakaian saya kotor tak dibasuh” 

Tambah Angah, oleh sebab wang sakunya sering dirampas, dia terpaksa meminta wang dari kakaknya berumur 11 tahun yang turut belajar di sekolah sama untuk makan pada waktu rehat.

“Mereka ini terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki, mereka sering ejek dan hina saya kata bapa saya gila dan pakaian saya kotor tak dibasuh.

“Selepas itu, mereka minta duit saya antara RM1 hingga RM4, daripada mereka bertiga ada seorang yang akan bertindak menendang saya di belakang dan paha,” katanya.

Buli 1
sumber: harian metro

 

“Anak saya kini tidak dapat berjalan lama dan saya dan suami terpaksa mendukungnya” 

Disebabkan sering ditendang dan dibuli, Angah mengadu mengalami masalah sakit belakang dan sukar berjalan selain alami tekanan tak mahu ke sekolah.

Menurut ibu mangsa yang dikenali sebagai Asma, 32, anaknya telah dikesan berjalan secara tak normal semenjak Jun lepas lagi.

213614
sumber: the star

Dia juga sudah membawa Angah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk jalani MRI dan x-ray pada 15 hingga 22 Julai lalu.

Pun begitu, doktor memaklumkan yang tulang belakang Angah sudah bengkok disebabkan ‘terhenyak’ dan mungkin ada faktor lain yang menyebabkan kejadian tu.

“Kini, anak saya tidak dapat berjalan lama dan saya dan suami terpaksa mendukungnya, bahagian belakangnya juga kelihatan merah dan benjol, saya sangat sedih melihat keadaan anak saya sekarang,” kata Asma.

213213
sumber: the star

Dalam pada tu, Angah dijangka akan jalani pembedahan pada 27 Ogos ini di HSB dan laporan polis juga telah dibuat berkaitan kes buli ini.

Hentikanlah budaya membuli ni. Tak ada faedahnya. Harap-harap ibu bapa dan guru kat luar sana bolehlah ingatkan pelajar akan bahaya dan akibat dari membuli. 

Baca: “Macamlah korang perfect!” – Geng Lelaki Buli Pondan, Tendang Masuk Kolam Sampai Rambut Palsu Tercabut

Mandi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.