“Macamlah korang perfect!” – Geng Lelaki Buli Pondan, Tendang Masuk Kolam Sampai Rambut Palsu Tercabut

Kalau korang tanya admin, memang admin tak sokong LGBT. Cuma takdelah sampai nak benci atau tak berkawan dengan orang yang amalkan LGBT.

Tapi, sekumpulan lelaki baru-baru ini telah menganggu dan membuli seorang transgender atau maknyah di tempat awam. Satu video yang dirakam sendiri oleh mereka telah dimuat naik di Facebook oleh page Viral.my-ORIGINAL.

Dalam video tu lelaki transgender berkenaan dilihat tengah duduk di tepi kolam renang dan dibuli secara lisan dengan geng lelaki tu. Tak dapat dipastikan berapa total lelaki yang kacau dia tu tapi masing-masing memang keluarkan kata kata biadap.

Sumber: Facebook

Antara ayat yang dorang lemparkan pada maknyah tersebut adalah:

Eh eh, ni abang ke kakak?”

Bro, dah potong belum bro?”

Kalau nak jadi pondan, jadilah yang lawa sikit. Ini kau muka macam pecah rumah je.”

Lepas tu ada seorang wanita approach geng ni dan tegur supaya dorang tak kacau transgender tu. Tapi tak pasal-pasal dorang label akak tu sokong LGBT pula.

Kenapa korang kacau dia, janganlah kacau dia.”

Sumber: Facebook

Ala kak, akak sokong LGBT ke apa kak?

Taklah, dia pun manusia. Korang pun manusia ada hati dan perasaan.”

Tak tahan kena kacau dengan lelaki tu semua, dia terus bangun dan pergi dari situ. Lepas tu tahu tak apa dorang buat? Si perakam boleh pula suruh salah seorang dalam geng tu pergi tolak transgender tu masuk kolam.

Eh eh, kau tolak dia, kau tolak.”

Lepas tu seorang lelaki memakai baju kelabu terus berlari menuju ke transgender tu dan terus tendang dari belakang sampai transgender tu terjatuh masuk kolam dan rambut palsu yang dia pakai tercabut.

Sumber: Facebook

Bila dah jadi macam tu, dorang pergi dekat tepi kolam gelakkan dia sebab rambut palsu tercabut. Lebih menyakitkan hati, dorang anggap apa yang dorang buat ni sebagai ‘nasihat’. Ada salah seorang cakap,

Kita nasihat dia, dia kata kita bodoh.”

Sumber: Facebook

Tonton video dekat bawah:

Tak dinyatakan di mana kejadian tu berlaku dan jika ianya hanyalah lakonan semata-mata. Tapi netizen yang tengok video tu semua bengang dengan perangai geng lelaki tu sebab biadap sangat. Yela, kalau tak support LGBT sekali pun kenapa perlu membuli.

Sumber: Facebook

Kalau lakonan lah katakan, admin rasa ayat-ayat tu macam extreme sangat. Apa pendapat korang?

Baca: “Wak ni OKU Lembam, ajak budak-budak tu solat Asar”- Lelaki Ini Cerita Kisah Sebenar Warga Tua Yang Dibuli Sekumpulan Remaja

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!