in

“Mentang-mentang aku ni orang tua” – Warga Emas Kena Tipu Di Pasaraya, Cashier Selamba Scan Barang ‘Lain’ Tanpa Rasa Bersalah

Scan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas membeli belah kat pasaraya, adakah korang sejenis yang suka tengok resit untuk lihat semula barang apa yang korang beli dan betul ke barang tu semua yang di’scan’ dalam resit?


Well, kalau korang sejenis yang berperangai macam tu, korang terselamatlah daripada jenis penipuan yang berlaku kepada seorang makcik baru-baru ni.

 

“Mak sis patah balik nak refer ke cashier tapi dihalang guard” 

Menerusi satu perkongsian di Facebook, ibu kepada netizen ni katanya telah pergi membeli belah di satu pasaraya dekat Pontian, Johor.

Namun timbul kemusykilan pada makcik ni bila dia terpaksa membayar harga yang agak tinggi untuk hanya beberapa barang yang dia beli. Bila makcik tersebut nak refer ke cashier dan jumpa dengan supervisor mahupun pengurus pasaraya tu, dia telah dihalang pulak oleh guard. Laa apa masalahnya ni?

W

82939615 2907755425943472 2937739578716454912 O
sumber: facebook

 

“Mentang-mentang aku orang tua… senang-senang je nak dibodohkan” 

Menurut anak mangsa, hampir extra RM42.90 yang perlu dibayar ibunya tanpa diketahui oleh mangsa. Uish kira banyaklah tu! 

Bayar

82214978 2907755725943442 7505400966884098048 O
sumber: facebook

 

“Saya pun pernah kena dekat pasaraya ni” 

Agak mengejutkan bila dilihat di ruang komen, beberapa netizen mengaku yang mereka juga pernah ‘terkena’ dengan pasaraya tersebut. Uish bahaya ni! 

Terkena 1
sumber: facebook

Apa-apapun diharapkan pelanggan lebih peka sikitlah mengenai bab-bab ni bila membeli belah. Kena juga periksa sama ada apa yang kita beli tu sama dengan apa yang kita bayar. Macam-macam taktik pula orang sekarang menipu ye! 

Baca: “Lepas ni kena check betul-betul” – Nyaris Ditipu, Wanita Ini Kongsi Kisahnya di Stesen Minyak

Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.