in

“Mengadu 13 hari tak makan” – Pemuda Hampir Kena Tipu Dengan Lelaki Warga Emas Menyamar Jadi Orang Susah?

Featured Image Pakcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni, tular dekat laman media sosial mengenai kisah orang yang berpura-pura menjadi orang susah dan meminta bantuan wang ringgit.


Apa yang peliknya, mereka yang meminta bantuan seperti ini kebanyakanya individu yang cukup sifat dan sihat tubuh badan.

Baru-baru ni, seorang pemuda telah berkongsi di laman Facebook pengalaman hampir kena scam dengan lelaki tua yang mengatakan dia sudah 13 hari tak makan.

:. Niat di hati nak menghalalkan cara. Namun bertukar curiga lalu terkeluar semua dusta!! .::Pada pukul 11pagi tadi…

Posted by Man Isaac on Monday, January 20, 2020

Kejadian ini berlaku di kawasan NSK Kuchai Lama.

Menurut Man Isaac, pada mulanya dia ternampak ada kelibat seorang lelaki tua yang sedang duduk di bahu jalan sambil mengurut dadanya.

Bimbang akan keadaan lelaki tua itu, Isaac dan beberapa individu lain segera pergi menuju ke sana bagi memberi bantuan.

13 hari tak makan?

Apabila mereka pergi mendekati lelaki tua itu, akhirnya lelaki tu membuka cerita sedihnya di mana dia sudah 13 hari tak makan dan ingin pulang ke kampung halaman iaitu di Mersing.

“Dia ada mengadu dia cakap dia sakit dan dah 13hari tak makan”

Kebetulan ada peniaga nasi lemak di tepi NSK bungkuskan makanan untuk dia. Tapi dia tak nak” katanya.

Namun setelah ada individu yang bermurah hati membungkuskan makanan untuk lelaki tu itu, dia akhirnya tetap menolak daripada menerima makanan tersebut dan dia ada meminta untuk bekerja sekurang-kurangnya dua hari bagi kumpul duit untuk beli tiket bas balik ke mersing.

“Tak lama lepas tu dia cakap dia ok dah. Dia cakap nak cari kerja, dapat 2 hari kerja dan ada sedikit duit untuk balik ke rumahnya di Pulau Tioman sudah memadai.” Katanya

Lelaki ini juga sudah ditawarkan untuk di hantar ke stesen Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan di belikan tiket bas sebelum diberi duit lebih untuk dia membeli tiket feri bila sudah sampai di Mersing.

Namun sekali lagi lelaki itu menolak pelawaan tersebut dan dia kini meminta duit RM80.00 ringgit untuk dia ambil bas Rapid bagi menuju ke KL Sentral sebelum balik ke kampungnya.

82770308 10215734536466913 512859918806548480 N
Sumber: facebook

Cuba minta dekat orang lain pula?

Perlakuan lelaki ini mula di curigai setelah dia beredar dari tempat itu dan pergi menuju ke arah orang lain dan mengulang kembali kisah penceritaannya itu.

“Beberapa orang berbangsa cina cuba nak tolong dan hulur duit.”

“Aku makin tak sedap hati.”

“Aku tegur dia dengan agak tegas dan aku ambil gambar dia. Terus dia jerit-jerit dan sumpah seranah aku.” Katanya.

Lalu, Isaac terus telefon Balai Polis Sri Petaling bagi meminta pihak polis menyelidik tentang latarbelakang lelaki itu yang sebenarnya.

Setelah pihak polis datang ke lokasi kejadian, mereka menyemak kad pengenalan lelaki itu dan mendapati bahawa alamat miliknya adalah di Sungai Buloh.

83493252 10215734537106929 3464763273168027648 N
Sumber: facebook

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga dikatakan memberitahu dekat polis bahawa cerita mengenai dia meminta duit orang adalah fitnah semata-mata.

Sekarang ni, kalau nak bantu orang pun jadi was-was. Yelah, sapa je suka kena tipu kan? Tapi, korang kalau dah memberi tu, ikhlaskan jelah walaupun kena tipu. Anggap je sedekah.

 

Baca: “Macam mana dia boleh masuk?” – Pesawat Popular ‘Kecoh’ Lepas Seorang ‘Peminta Sedekah’ Ganggu Penumpang

Kada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.