in

Membazir Makanan! Murid Tipu Konon Nak Datang Beraya

Page Makan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam bulan Syawal ini dah menjadi satu kemestian untuk orang Islam pergi menziarah rumah saudara mara, sahabat handai dan kenalan bagi mengeratkan silaturrahim.

Ini juga merupakan waktu yang sesuai untuk anak murid melawat guru dan beramah mesra dengan mereka. Tapi sayang bila murid-murid ini tidak menggunakan kesempatan ini dengan baik dan sebaliknya, tidak menepati janji.


Cari
sumber: cari

Baru-baru ni, Fatimah telah menulis di Twitter untuk melepaskan kemarahannya mengenai hal ini kerana ia telah terjadi kepada maknya sendiri yang merupakan seorang cikgu.

“Lain kali anak-anak murid yang beriya nak datang beraya rumah cikgu tu tepatilah janji korang!”

Kata Fatimah, maknya dah prepare makanan untuk murid-muridnya dari pagi namun tidak ada seorang pun yang muncul di rumahnya.

“Kesian mak aku masak banyak-banyak dari pagi nak bagi korang makan, tapi batang hidung sorang pun takde! Buat cikgu sedih, berdosa juga.”

H10
sumber: twitter

Fatimah juga berkongsi conversation Whatsapp antara dia dengan maknya yang ternyata terkilan dan sedih diperlakukan begitu oleh anak muridnya sendiri.

H1 1
sumber: twitter
H2 1
sumber: twitter

Fatimah juga tak sampai hati melihat maknya dalam keadaan begitu kerana usaha maknya untuk mengambil hati anak-anak muridnya hanyalah sia-sia.

H3
sumber: twitter

Tweet ini mendapat banyak respon yang rata-ratanya simpati dengan mak Fatimah dan marah dengan anak-anak muridnya itu. 

H9
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, menurut Fatimah, maknya memberitahu bahawa ada seorang student yang dah meminta maaf kerana tidak hadir pada hari tersebut.

H13
sumber: twitter

Apa ni buat macam ni. Tak baik tau! Lain kali kalau tak ada plan nak pergi atau tak boleh datang atas apa sebab pun, kenalah inform tuan rumah awal-awal. Kesian tuan rumah dah prepare banyak dan siap tunggu sampai kesudah.

Jangan buat macam ni!

Baca: “Saya sporting, tapi kalau dah lebih tu sila meninggal” – Guru Tegur Anak Murid Biadap Dikecam Netizen

Sila Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.