Walaupun sudah berkali-kali diberitahu akan keburukan memakai fake braces atau pendakap gigi palsu, masih ada juga remaja yang tertipu dengan pemakaian pendakap gigi murah ini.
Menerusi perkongsian di Twitter, Waheeda Bonn telah berkongsi tiga foto remaja perempuan sedang dipakaikan pendakap gigi palsu di rumah oleh seseorang yang tidak bertauliah.
Menurut Waheeda, cara pemakaian tersebut tidak selamat kerana gigi mangsa yang disendal menggunakan tisu, malah kebersihan individu yang memakaikan pendakap gigi tersebut juga tidak terjaga kerana tidak menggunakan sarung tangan dan lain-lain peralatan yang betul.
Tweet tersebut telah mendapat perhatian seorang doktor gigi bernama Dr. Ib Shah yang kemudian menjelaskan kesan-kesan buruk menggunakan pendakap gigi palsu. Apa yang dijelaskan beliau amat mengerikan dan ramai di antara pengguna Twitter tidak menyangka kesan penggunaan fake braces boleh membawa kepada penyebab kanser! Haa biar betul?
Berikut apa yang dijelaskannya:
Fake braces tak patut jadi trend kerana ia berisiko mendapat masalah gusi, ulser, jangkitan mulut, gigi goyang, kehilangan gigi dan kanser!”
Malah menurutnya lagi, ramai gadis masa kini ingin kelihatan cantik dengan rawatan pendakap gigi palsu yang murah. Namun percubaan mereka itu membahayakan diri dan kemungkinan besar mereka terpaksa menanggung masalah tersebut seumur hidup jikalau gigi itu tidak dapat pulih ke bentuk asal.
Ia lebih buruk jikalau mangsa terkena kanser oral seperti yang di bawah ini.
Aaaa! Mesti sakit tu!
Sama ada pengguna memakai pendakap gigi jenis bracket atau blue jelly aligner, kedua-duanya adalah penipuan besar!
Walau bagaimanapun, setelah ditegur gadis yang memakai pendakap gigi palsu itu, respon yang didapati agak mengecewakan. Ramai berpendapat gadis tersebut tidak perlu memakai pendakap gigi kerana giginya sudah sedia cantik. Ni mesti nak ikut gaya-gaya hipstur ni kan??
Bila ada yang menegur tu maknanya adalah salahnya. Jangan ambil soal gigi ni mudah, dik. Nanti kalau dah luruh semua gigi tu masa umur muda macam ni, kan malu. Semoga mereka cepat-cepat berjumpa doktor yang bertauliah kalau ingin memakai pendakap gigi secara serius.
Baca: ‘Dentist’ Sekadar Belajar Dari Youtube, Netizen Beritahu Semua Tentang Bahayanya Fake Braces