in

“Mana seluar dalam mangsa”- Polis Curiga Nora Anne Dijumpai Dalam Keadaan Bogel & Buat Operasi Cari Pakaian Dalam Mangsa

Nora Anne Q

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas pendedahan mengejutkan semalam, inkues Nora Anne Quoirin diteruskan lagi dengan Mahkamah Koroner diberitahu bahawa sehari selepas mayat mangsa ditemui pada 13 Ogos tahun lepas, polis masih teruskan operasi untuk mengesan pakaian dalam milik Nora Anne. 


 

“Menjadi persoalan dalam fikiran saya di manakah seluar dalam mangsa” – Saksi

Menurut Bernama, saksi ketiga inkues, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata operasi berikut diadakan berikutan penemuan mayat remaja berkenaan dalam keadaan tidak berpakaian di lokasi laluan air, ladang kelapa sawit berdekatan dengan resort.

834689

“Selepas saya balik dari Hospital Tuanku Ja’afar pada malam 13 Ogos,  saya buat mesyuarat, bersama pasukan pencarian saya disebabkan pegawai penyiasat saya ada memaklumkan bahawa keluarga mangsa ada beritahu mangsa kali terakhir berpakaian seluar dalam.

“Semasa saya jumpa mayat tersebut dan telah dikenal pasti adalah orang hilang, menjadi persoalan dalam fikiran saya di manakah seluar dalam mangsa sebab saya jumpa (mangsa) dalam keadaan tidak berpakaian. Maka saya merancang satu operasi mencari pakaian dalam mangsa pada keesokan harinya,” jelasnya.

 

“Hasilnya tidak menjumpai pakaian dalam” 

Bila ditanya sama ada objek yang dicari dijumpai atau tidak, saksi yang juga Komandan operasi SAR berkata, ia tidak dijumpai meskipun seramai 361 anggota terlibat dalam operasi tersebut.

“Tumpuan bermula dari kawasan The Dusun sehingga mayat mangsa ditemukan. Hasilnya tidak menjumpai pakaian dalam,” katanya lagi.

Operasi sar yang dilakukan

Mohd Nor Marzukee setakat ini menjadi saksi paling lama beri keterangan mulai semalam pada prosiding berkenaan yang berlangsung di hadapan Koroner Maimoonah Aid.

Prosiding bersambung lagi hari ini.

Baca: Inkues Nora Anne: Polis Dakwa CCTV Papar Mangsa Boleh Jalan Seperti Manusia Biasa, Bercanggah Dengan Kenyataan Keluarga?

Nora Anne Quoirin

Sumber: The Star
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.