in

“Something smell fishy”- Polis Nafi Dakwaan Keluarga Nora Anne ‘Dalang’ Kematian Remaja Itu, Tapi Kenapa Isu Tak Settle Lagi?

Featured 44

Semalam Lobak Merah ada menyiarkan artikel mengenai dakwaan seorang peguam seorang, Anne Brennan yang juga aktivis kanak-kanak telah menuduh keluarga Nora “berusaha sedaya-upaya untuk menghalang keadilan bagi kematian anak mereka”.

Susulan daripada itu ramai meragui kes kematian babitkan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang didakwa ‘pelik’.

 

Polis nafi keluarga terlibat kes kematian dan kehilangan Nora Anne!

1 20
Sumber: berita harian

Supaya keadaan tidak menjadi semakin buruk, Polis pantas menafikan dakwaan yang mengatakan keluarga Nora Anne Quoirin, 15, bersubahat dalam kehilangan dan kematian remaja berkenaan, baru-baru ini.

Dakwaan tersebut adalah fitnah dan polis tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan ibu bapa remaja terbabit terlibat.”- Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop

Ujarnya dakwaan tersebut adalah fitnah dan pihaknya sudah membuat laporan berhubung perkara itu, lapor Sinar Harian.

Katanya polis memang menyiasat kes berkenaan tapi tidak pernah mengatakan ibu bapa remaja terbabit terlibat.

“Kita nafikan, bagi kes kematian ini memang kita siasat, tapi tidak adalah kita kata ibu bapa remaja itu terlibat. Kita siasat atas fitnah tersebut,”

 

Keluarga Quoirin ‘berusaha sedaya upaya’ untuk ‘mengganggu proses keadilan’?

Semalam kecoh mengenai posting di facebook apabila seorang peguam Anne Brennan yang juga seorang aktivis kanak-kanak menuduh keluarga Quoirin ‘berusaha sedaya upaya’ untuk ‘mengganggu proses keadilan’.

Malah Anne Brennan juga mendakwa yang ibu bapa gadis tersebut ‘cabut lari’ dari Malaysia sebaik sahaja menerima jaminan yang mereka tidak akan disiasat dalam kes terbabit.

2 17
Sumber: harian metro

Sebelum ini pada 13 Ogos mayat Nora Anne ditemukan kira-kira jam 1.57 petang oleh sekumpulan pendaki kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Laporan bedah siasat kemudian mengesahkan gadis tersebut meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat kelaparan dan stres selain tiada tanda-tanda perbuatan jenayah dan remaja itu tidak dirogol.

 

Bagi admin senang je, stop segala spekulasi biarkan polis jalankan tugas mereka okay!

Baca : “Saja nak larikan diri” ; Peguam Syak Keluarga Nora Anne Terlibat Dengan Kematian Anak Mereka. Betul Ke?

Lari