in

“Saja nak larikan diri” – Peguam Syak Keluarga Nora Anne Terlibat Dengan Kematian Anak Mereka. Betul Ke?

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, pihak polis mengesahkan yang kematian Nora Anne berpunca dari kebocoran usus akibat dari kebuluran dan tekanan.


Bagaimana pun, menurut FMT, seorang peguam, Anne Brennan dan juga aktivis kanak-kanak telah menuduh keluarga Nora “berusaha sedaya-upaya untuk menghalang keadilan bagi kematian anak mereka”.

Nora Anne Quoirin Di Bilik Forensik Bernama 140819 1

Dalam Facebooknya, Anne berkata yang pengumuman keluarga tersebut baru-baru ini untuk meninggalkan Malaysia bersama jasad anaknya adalah sangat mencurigakan.

Wanita ini juga menuduh yang ibu bapa Nora, Meabh dan Sebastien Quoirin, cepat-cepat nak keluar dari Malaysia lepas mereka menerima jaminan yang penglibatan mereka dengan kehilangan dan kematian remaja ini tidak akan disiasat.

“(Mereka) berjaya meyakinkan pihak berkuasa di Malaysia untuk abaikan siasatan bunuh terhadap Nora dan melepaskan jasad Nora tanpa menunngu keputusan toksikologi yang sangat penting dalam siasatan jenayah.”

Bukan itu sahaja, Anne juga mengatakan yang keluarga Nora Anne tak memberitahu tentang pergerakan mereka beberapa jam sebelum anak mereka dilaporkan hilang.

Menurut wanita ini, pihak polis mengesahkan yang tiada bukti “pihak ketiga” pecah masuk rumah keluarga ini pada malam Nora Anne dilaporkan hilang.

Grandfather Nora Quoirin

Ketika dihubungi FMT, badan kebajikan yang menyokong keluarga Nora Anne ini telah menolak tuduhan peguam ini yang mengatakan keluarga tersebut terlibat dalam kematian anak mereka.

Cerita dia tak berasas”

Bagaimana pun, pengarah badan kebajikan tersebut, Matthew Searle enggan memberikan apa-apa komen tentang tuduhan Anne Brennan dan tak memberitahu sekiranya keluarga Nora Anne ingin mengambil apa-apa tindakan terhadap peguam tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop semalam telah mengesahkan yang keluarga Nora Anne telah pun pulang ke negara mereka.

Nora Anne yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos ini telah ditemui mati di jurang 2.5km dari resort tempat keluarga ini bercuti.

Pihak polis juga berkata yang tiada bukti serangan seksual atau penculikan yang dapat dilihat dari bedah siasat.

 

Baca: “Ada orang letak dia dekat situ” – Keluarga Nora Anne Percaya Anak Mereka Diculik Bukan Keluar Sendiri Screenshot 2019 08 20 At 11.11.18 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.