in

Inkues Nora Anne: Polis Dakwa CCTV Papar Mangsa Boleh Jalan Seperti Manusia Biasa, Bercanggah Dengan Kenyataan Keluarga?

Nora Anne Quoirin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti kes Nora Anne Quoirin,15, remaja Ireland-Peranchis yang ditemui mati kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapanya selepas pencarian besar-besaran dilakukan pihak berwajib, sekarang sedang berlangsung inkues bagi kes tersebut.


Menurut Astro AWANI, inkues hari ini menarik perhatian ramai apabila saksi ketiga, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata kepada Mahkamah Koroner yang remaja terbabit boleh berjalan seperti manusia biasa semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Ogos tahun lepas ketika keluarganya tiba di Malaysia. 

831987

Berikut transkrip soal jawab di Mahkamah Koroner: 

 

“Dia tarik beg keluar dari KLIA dan dapat dilihat dengan jelas dia boleh berjalan seperti mana manusia normal” 

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad: Pada hari kelapan, tidak terfikirkah nak luaskan skala pencarian?

Mohd Nor Marzukee: Hari kelapan, pada sebelah petang kami berkumpul semula selepas mendapat maklumat video diambil di KLIA oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah bahawa mangsa orang hilang dilihat dapat berjalan seperti mana manusia normal pada umur tersebut.

15

Koroner Maimoonah: Video dirakam di KLIA waktu keluarga sampai?

Mohd Nor Marzukee: Ya, video di KLIA, dia berkumpul menunggu seseorang sampai, lepas itu dia tarik beg keluar dari KLIA dan dapat dilihat dengan jelas dia boleh berjalan seperti mana manusia normal pada umur 15 tahun.

 

Polis luaskan operasi SAR lepas lihat rakaman CCTV

41598423301 Mohdnormarzukee
Mohd nor marzukee dan muhamad iskandar, saksi kes

Muhamad Iskandar: Siapa yang beritahu mengenai rakaman itu?

Mohd Nor Marzukee: Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah dan DSP Chong Mei Chey (pegawai perhubungan pertama kepada keluarga Nora Anne) yang dapatkan video tersebut dari KLIA.
Muhamad Iskandar: Kamu tengok?

Mohd Nor Marzukee: Ya.

Berikutan rakaman berkenaan, Mazlan telah mengarahkan operasi SAR diperluaskan dari empat ke enam kilometer kepada 20 kilometer meliputi Gunung Berembun.

Muhamad Iskandar: Boleh terangkan ketika taklimat apa yang berlaku?

Mohd Nor Marzukee: DSP Chong mainkan video itu, semasa video itu dimainkan, kami berulang kali melihat mangsa bergerak ke tempat menunggu… video dimainkan DSP Chong banyak kali menunjukkan orang hilang boleh berjalan seperti manusia atau orang normal yang berumur 15 tahun seperti mana umur mangsa.

 

Keluarga maklum Nora Anne hanya mampu jalan 20 kaki sahaja tapi…

Tambah Mohd Nor Marzukee lagi, terdahulu dia telah memberitahu mahkamah bahawa keluarga mangsa memaklumkan yang mangsa hanya boleh berjalan sejauh 20 kaki (6 meter) dan memerlukan sokongan daripada pihak lain.

211359

“Sekiranya jalan berseorangan tanpa dibantu orang lain, mangsa akan jatuh kerana mangsa boleh berjalan 20 kaki dalam keadaan ketidakseimbangan badan,” katanya.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Maimoonah Aid itu dijadualkan berlangsung selama 2 minggu bermula Isnin lepas hingga Jumaat ini dan bersambung semula pada 1 hingga 4 September 2020.

Fuh macam-macam yang terbongkar ya. Sama-sama kita nantikan sambungan inkues. 

Baca: “Something smell fishy” – Polis Nafi Dakwaan Keluarga Nora Anne ‘Dalang’ Kematian Remaja Itu, Tapi Kenapa Isu Tak Settle Lagi?

Nn

Sumber: The Star
Sumber: FMT
Sumber: Astro AWANI
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.