in

“Mana dia dapat senapang?” – Pelajar Tembak 4 Classmates & Bunuh Diri Sebab Cikgu Halau Keluar Kelas

Tembak Dalam Kelas

Seorang pelajar berusia 19 tahun telah menembak mati seorang rakan sekelasnya dalam satu kejadian dekat sebuah kolej di Rusia, lapor Daily Mail.

Sebelum kejadian, Daniil Zasorin dikatakan telah disuruh untuk keluar dari kelas oleh seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh. Dia kemudian keluar namun kembali semula ke kelas dengan selaras senapang jenis IZH-81 dan melepaskan tembakan.

 

Tembak6
sumber: siberian times

Rakan sekelas yang lain terus berlari dalam keadaan panik meninggalkan kelas. Seorang polis trafik terdengar bunyi tembakan itu dan terus ke tempat kejadian di mana dia menembak Daniil.

Pasukan polis kemudian tiba dan mengacukan senjata ke arah tingkap bilik darjah dari jalan yang berdekatan. Namun, selepas menyedari dirinya telah dikepong Daniil bertindak menembak dirinya sendiri dan maut di tempat kejadian.

 

 

Akibat kejadian itu, seorang pelajar maut dikenali sebagai Alexey Golubnichy manakala 3 lagi pelajar berusia antara 17 hingga 20 tahun cedera dan kini dirawat di hospital.

Beg Daniil yang digunakan untuk menyimpan senjata itu kemudian dijumpai di dalam tandas kolej terbabit. Polis mendapati beg itu berisi peluru dan menurut laporan senapang digunakan adalah milik Daniil sendiri.

 

Baca: “Belum kahwin lagi” – Polis Mengamuk Sampai Lepaskan Tembakan Rambang Gara-gara Tunang Minta Putus

Polis5