in

“Belum kahwin lagi” – Polis Mengamuk Sampai Lepaskan Tembakan Rambang Gara-gara Tunang Minta Putus

polis5

Bengang sebab bergaduh dengan tunang minta putus, seorang polis  bertekad melepaskan tembakan secara rambang dekat Taman Merdeka,Ipoh, semalam.

Polis berumur 29 tahun berpangkat Inspektor itu dipecayai mengamuk berpunca daripada pergaduhan sehingga tembakan itu terkena kaki seekor anjing peliharaan.

 

Mengamuk tunang minta putus

71750247 492992131547377 3915551130611875840 n

Kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang, menurut Harian Metro, suspek yang sebelum ini bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh, ditahan Unit Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, tujuh minit selepas kejadian itu berlaku.

Selain itu, polis tersebut yang melaporkan diri di Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian, pada 4 September lalu dipercayai tidak menghadirkan diri untuk bertugas.

Malah,  siasatan mendapati suspek pergi ke rumah tunangnya dengan menaiki motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

 

Berlaku pergaduhan dan pergelutan antara suspek dengan tunangnya, pegawai berkenaan dipercayai melepaskan tembakan dengan menggunakan pistol dibekalkan kepadanya ketika bertugas di ICQ berkenaan.” – Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain

72123311 492992181547372 1707164807699890176 n
Sumber : Facebook
72470584 492992244880699 5947470802248007680 n
Sumber : Facebook

Bagaimanapun tembakan itu terkena pada anjing peliharaan di rumah berkenaan, disebabkan itu anggota MPV membuat tindakan pantas untuk sampai ke lokasi kejadian dalam masa 7 minit selepas mereka terima maklumat kejadian tu.

Suspek telah ditahan dan senjata api serta kelongsong peluru terbabit berjaya dirampas.

“Siasatan lanjut mendapati suspek tidak puas hati dengan tunangnya yang mahu memutuskan pertunangan sehingga mengakibatkan pergaduhan berkenaan.”

Polis Inspektor telah ditahan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 

Tak kahwin lagi dah pistol-pistol – Netizen

Menerusi satu Laman di Facebook, ramai netizen yang mempertikaikan sikap lelaki tersebut, ada juga yang mengatakan tindakannya itu bodoh, sebab boleh cari pengganti dengan mudah. Ada juga yang mempertikaikan sikap panas baran dia tu memang tak latak dijadikan suami.

polis polis2 polis3 polis4

Hurm, kalau pegang kayu tu boleh lah juga lari, ni pistol terus, mahu kejung kalau admin kat situ.

 

Baca : “My parents akan buat report polis” – Terima Banyak Komen Negatif & Kutukan, Isteri Sufie Rashid Mahu Buat Laporan Polis

sufi