in

“Malam Jumaat Banyak Hantu Keluar?” – Jom Berkenalan Dengan 5 Hantu Paling Popular Dengan Masyarakat Melayu

5Hantu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang korang hidup, boleh dikatakan ramai antara korang pasti pernah merasai pengalaman terlihat kelibat hantu mahupun mendengar cerita seram dari kawan-kawan ketika berada di bangku sekolah. Ditambah pula dari kecil lagi kita selalu dimomokkan oleh kisah kisah hantu seram oleh orang tua kita.


Kalau dulu yelah mesti lah takut kan? Tambah tambah bila malam jumaat, lain macam seram malam tu. Tapi bila kita dah melangkau usia yang lebih matang, kita sedar bahawa cerita daripada orang tua kita itu hanyalah untuk menakut-nakutkan kita sahaja. Mestilah, time kecik-kecik degil sangat kan…

Tapi takkan kenal nama je kan? Mestilah kena tahu latar belakang hantu-hantu ini sekali. Jadi jom berkenalan dengan 5 hantu paling famous dalam masyarakat melayu kita.

 

Pontianak

Pontianak atau nama manjanya Cik Ponti boleh dikatakan antara hantu yang paling terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Ditambah pula filem Pontianak Sundal Harum Malam 1 & 2 yang dibintangi oleh Maya Karin tengah ‘meletop’ masa tu, lagilah buat hantu ni paling terkenal dalam tanah air kita.

Tahukah korang hantu tersebut dikatakan merupakan semangat wanita yang meninggal semasa melahirkan anak dan kembali menghantui kehidupan. Roh-roh ini adalah makhluk-makhluk yang menakutkan yang muncul sebagai wanita muda yang cantik.

Pontianak

Hantu ini dikatakan suka kacau lelaki sahaja. Jadi kaum lelaki tu jaga-jaga. Tapi logik di sebalik kenapa kisah seperti ini diwujudkan adalah untuk melindungi golongan wanita yang berjalan seorang daripada dikacau oleh pemuda-pemuda yang gatal. Selain itu, Pontianak juga dipercayai sejenis hantu liar yang tujuan hidupnya adalah untuk mengganggu manusia.

 

Pocong

Kalau sebut Pocong, mesti korang terbayang suasana seram dekat tanah perkuburan kan? Dikatakan Hantu Pocong ini dikatakan sebagai roh yang berkeliaran kerana kain kafannya tidak dibuka ketika dikebumikan mengikut amalan Islam. So dia muncul sebab nak mintak tolonglah kiranya…

Pocong ini juga dikatakan mampu melompat dengan jauh dan sangat laju. Selain melompat Pocong atau nama lainnya iaitu Hantu Bungkus mampu berguling dan mampu untuk mengekori kelajuan sebuah kereta. P/s: Geng Myvi pun takkan terlepas okay…

 

Toyol

Toyol merupakan makhluk yang dikatakan berwarna hijau dan kecil. Makhluk ini merupakan semangat bayi yang mati ketika dilahirkan. Untuk pengetahuan anda, toyol ini umpama budak kecil dan pemilik toyol harus memberi susu setiap pagi dan memberinya mainan seperti menjaga budak yang sebenar.
1 Mqlbscac8Zbvipyhnkzjya
Fungsi toyol ini selalunya akan disuruh oleh tuannya untuk mencuri harta benda orang lain. Mungkin korang pernah dengar petua orang dulu-dulu untuk letakkan guli dan kacang hijau di rumah jika menyimpan wang yang banyak dalam rumah sebab benda ini akan melekakan toyol tersebut.
Bunian

Nama Bunian ini tidak lagi asing dalam masyarakat kita dan sering kali didengari apabila seseorang itu hilang di dalam hutan. Mereka ini merupakan makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu dan sangat mirip dengan Elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat.

Orang Bunian turut dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah kes kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.

Images 1

Kalau korang perasan, jarang perempuan yang hilang ‘disorok’ Bunian. Kenapa ye?

Ramai yang mengatakan bahawa perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.

Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.

Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.

 

Hantu Jepun

Haaa.. cerita Hantu Jepun ini sangat popular dikalangan budak-budak asrama dan sekolah-sekolah tak kira sekolah rendah atau menengah. Boleh dikatakan setiap sekolah lah ada Hantu Jepun ni. Berkawad tengah padang lah, jalan di koridor tanpa kepala lah dan banyak lagi.
Selain Hantu Jepun ini banyak ‘berpengkalan’ di sekolah berasrama, ia turut ada di pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan hantu Jepun ini agak moden dan pandai pilih port lepak.

Hantu Jepun

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya. Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.

Tapi, macam mana Hantu Jepun ini boleh ada? 

Sebenarnya tentera jepun sememangnya amat kuat pegangan kerohanian mereka. Mereka percaya bahawa mereka pasti akan hidup kembali dan akan berada semula di tempat mereka terbunuh

Oleh itu, mayat mayat askar mereka yang jumlah yang ramai itu sebenarnya tiada dikuburkan.  Sebenarnya mereka itu di bakar bersama dengan tanah tanah liat dan dijadikan batu bata untuk membina bangunan dan juga markas mereka. Campuran batu bata ini boleh di lihat hampir setiap monumen atau bangunan yang diduduki oleh Jepun.

Ini kerana, mereka percaya bahawa roh roh askar ini akan sentiasa bersama menjaga bangunan itu. Jadi hantu-hantu ini berkemungkinan merupakan roh-roh tentera Jepun yang tersemat didalam bangunan yang ada di situ. Agak logik jugak kan? Nak cari balik bangunan yang lama pun agak susah sebab banyak bangunan lama dah renovate balik kan? So.. hadap je lah…

 

Sumber: TheLaki, Military Of Malaysia, Facebook

Capture 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.