in

Mak Shaheizy Sam Dikecam Sebab Rentas Negeri, Siap Bergambar Dengan Family, Rupanya…

Ft Sam E1630916835429

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan ibu kepada pelakon terkenal Shaheizy Sam, Khaty Fauziah yang berkongsi gambar bersama anak-anaknya di akaun Instagram miliknya telah mengundang rasa kurang senang netizen.


Mengakui berdepan dengan pelbagai kecaman daripada netizen kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1, dia terpaksa merentas negeri yang kini menetap di Melaka ke Selangor atas urusan kesihatan.

Khaty berkata dia terpaksa bermalam di rumah anaknya untuk pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan susulan selepas jalani prosedur jantung pada tiga bulan lalu.

Saya sebenarnya tidak perlu buktikan apa-apa di sini berkaitan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan pelbagai sindiran”.

Katanya lagi, dia dan suami merentas negeri. Anak-anaknya semua tinggal di sekitar daerah yang sama di Selangor. Dia juga sama macam kita, tak dapat berjumpa dengan ahli keluarga.

Khaty Fauziah atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah ini tampil dengan berkongsi foto rekod kesihatannya yang menunjukkan tarikh temujanji di IJN hari ini.

Menurut perkongsiannya pada hari Ahad, semalam, dia telah memuat naik beberapa gambar dia dan suami bersama anak, menantu dan cucu-cucu mereka yang sudah lama tidak berjumpa. Khaty juga memohon maaf jika beberapa pihak yang terguris dengan perkongsiannya itu.

Untuk pengetahuan semua, semasa Khaty menjalani prosedur jantung, anak-anak, menantu dan cucunya langsung tidak dapat melawat dan berjumpa sehingga dia balik ke Melaka kerana mereka patuh dengan SOP yang ditetapkan.

Anda dapat bayangkan tak kalaulah prosedur jantung saya gagal ketika itu? Saya dan keluarga langsung tidak dapat bersama atau berjumpa”.

“Belajarlah menjaga hati dan perasaan orang, belajar berbahasa elok supaya bangsa kita dihormati. Saya dan keluarga juga hanyalah manusia biasa, kalau ada silap dan salah harap dimaafkan sahaja”, katanya.

Lain kali kalau nak marah atau kecam orang, selidik dulu kenapa dia buat macam tu.

Baca: “Ini ke yang dia nak perjuangkan” -Buat Muzik Video Naik Range Rover Di Padang Pasir Netizen Persoal Jihad Caprice

Collage 8 E1630911922471

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.