in

“Ini ke yang dia nak perjuangkan?” – Buat Muzik Video Naik Range Rover Di Padang Pasir, Netizen Persoal Jihad Caprice

Collage 8 E1630911922471

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hampir tiga bulan berada di Mesir untuk menyertai misi bantuan, Caprice baru-baru ini telah memberikan hint yang dia bakal mengeluarkan sebuah lagu yang dihasilkannya di sana sebelum pulang ke Malaysia hari ini.



Menerusi perkongsiannya di Instagram, Caprice ada memuat naik beberapa klip lagu terbarunya bertajuk “Tiger of Al-Quds’ yang dijangka bakal keluar pada 10 Oktober nanti.

Screenshot 2021 09 06 At 1.00.53 Pm

“Ini ke yang nak diperjuangkan?”

Pun begitu, perkongsian dari Caprice ini telah mengundang rasa kurang senang dari beberapa netizen yang merasakan perbuatan ini bertentangan dengan tujuan asal penyanyi ini yang mahu membantu penduduk di Palestin.

Screenshot 2021 09 06 At 1.05.36 Pm Down

Bakal pulang ke Malaysia hari ini

Selain itu, Caprice turut kongsikan yang dia bakal pulang ke Malaysia selepas hampir dua bulan setengah menetap di Jordan. Berdasarkan perkongsiannya, Caprice telah pun menaiki kapal terbang dan dalam perjalanan pulang. Namun turut kongsikan yang dia akan datang semula ke sana pada hujung tahun ini.

Img 4659 637X1024 Side

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Caprice pernah mencetuskan kontroversi selepas gagal memasuki Gaza dan turut memberi teguran kepada Ustaz Ebit Lew yang baru sahaja selesai dengan misi kemanusiaannya di Gaza ketika itu.

Kontroversi tersebut telah berlarutan hingga ramai diminta untuk memberikan keterangan kepada pihak polis.

 

Baca: “Parang dah lama asah. Kau balik je sini nahas kau… NAHAS!!” – Caprice Tunjuk Bukti Terima Ugutan Bunuh

Screenshot 2021 09 06 At 1.20.10 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.