Menyayat hati….
Satu kemalangan telah berlaku di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kawasan R&R Seremban pada malam 26 Ogos lepas melibatkan 4 kenderaan hingga menyebabkan 3 orang mangsa maut, lapor News Straits Times.
Pemandu lori muatan tong gas berhenti untuk bantu tapi…
Menurut laporan, pada awalnya penunggang motosikal, Mohammad Idham Baharuddin dan teman wanitanya, Anismalina Jamaluddin, 20 dikatakan telah terbabas di laluan kecemasan dekat tempat kejadian dan sedang meminta bantuan.
Berniat baik untuk membantu, pemandu lori muatan tong gas yang terlihat pasangan ini di tepi jalan telah memberhentikan kenderaannya untuk membantu mangsa.
Pun begitu, belum sempat dia melakukan apa-apa lorinya pula telah dirempuh sebuah lagi lori yang membawa muatan simen hingga menyebabkan kenderaan itu bergerak ke depan dan melanggar penunggang serta pembonceng motosikal tadi. Allahu… Ketiga-tiganya dilaporkan maut di tempat kejadian.
“Mak… mungkin saya tak sempat jumpa mak” – Mangsa
Lebih menyayat hati, teman wanita penunggang motosikal yang juga mangsa kemalangan ini sempat menghubungi bapa kepada Muhammad Idham untuk beritahu mereka kemalangan di Seremban.
Menurut Baharudin, Anismalina menghubunginya sekitar jam 9.30 malam dan beritahu mereka jatuh di lebuh raya dan cedera ketika dalam perjalanan ke Banting.
“Anis sudah saya anggap seperti anak sendiri. Mereka dalam perjalanan balik ke rumah ibu Anis selepas pulang bercuti ke rumah saya di Senawang Sabtu lalu.
“Ketika Anis hubungi, saya tengah kerja dan minta dia hubungi ambulans. Tapi saya mula rasa tak sedap hati dan minta kebenaran majikan untuk tengok anak,” kata Baharudin.
Malah Muhammad Idham sendiri sempat menghubungi ibunya tapi meninggalkan kata-kata menyedihkan seperti,
Mak… mungkin saya tak sempat jumpa mak”.
“Orang minta saya bersabar dan beritahu anak saya telah meninggal dunia…”
Baharudin yang bergegas ke tempat kejadian terkejut apabila diberitahu oleh seorang pengguna lebuh raya yang jalan tidak boleh dilalui sebelum menghubungi Muhammad Idham, namun individu lain yang menjawab.
“Orang itu minta saya bersabar dan beritahu anak saya telah meninggal dunia kerana kemalangan.
“Disebabkan jalan ditutup, saya berhenti motosikal di tepi jalan dan bila sampai saya tengok jenazah anak dan Anis dah ditutup dengan plastik,” katanya. Aduhai berat dugaan keluarga ini…
Menurut pihak polis, kes ini bakal disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semoga keluarga ini bertabah hadapi ujian ini.
Baca: “Memang sehidup semati” – Pengantin Baru Maut Kemalangan 5 Minit Selepas Majlis Kahwin Berlangsung