in

Majlis Tahnik Anak Tokti Didakwa Langgar SOP, Pihak Polis Akan Panggil Penganjur Bagi Bantu Siasatan

Ctdk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjadi sebutan ramai semalam selepas tular kecaman netizen yang mendakwa majlis tahnik yang diadakan buat anak lelakinya baru-baru ini telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Menurut Sinar Harian, susulan itu, polis akan memanggil penganjur majlis tahnik anak penyanyi ini untuk membantu siasatan berhubung isu perlanggaran SOP.

Siti Nurhaliza Ohsem Afwa

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihak mereka telah mengenal pasti penganjur majlis dan akan memanggil mereka yang terlibat dalam masa yang terdekat.

Pihak IPD Ampang Jaya juga pada awalnya telah mengesan sebuah portal berita pada Isnin lalu berkaitan rasa tidak puas hati netizen dalam satu majlis yang diadakan oleh seorang selebriti tanah air dekat kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Terdapat juga beberapa gambar di dalam artikel tersebut menunjukkan kehadiran beberapa individu kenamaan dan penceramah agama terkenal ke majlis berkenaan.

“Selain itu, IPD Ampang Jaya menerima satu laporan polis berkaitan isu berkenaan,” katanya.

Img 20210503 125325 696X392 1

Kes ini menurutnya disiasat di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Polis juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan,” katanya.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Siti atau suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang akan dipanggil untuk membantu siasatan. Individu lain yang hadir pada majlis tersebut juga telah dikenalpasti dan akan dipanggil untuk memberi kenyataan.

Majlis yang diadakan pada 26 April lalu ini juga dihadiri oleh beberapa VIP termasuklah Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Sama-sama kita tunggu siasatan pihak polis. 

Baca: “Tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku” – Tokti Beri Perjelasan Isu Langgar SOP Majlis Tahnik Anak

Penjelasan Siti

Sumber: FMT
Sumber: Utusan TV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.