in

“Tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku” – Tokti Beri Perjelasan Isu Langgar SOP Majlis Tahnik Anak

Penjelasan Siti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang hujung minggu lepas, nama penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah terpalit dengan isu perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam mengadakan majlis aqiqah, maulid dan tahnik buat anaknya, Muhammad Afwa.


Susulan viral beberapa gambar yang menunjukkan kehadiran individu yang dikatakan merentas negeri semata-mata menjayakan majlis tersebut, penyanyi ini telah menerima pelbagai kecaman di media sosial dan netizen mahu pihak polis menjalankan siasatan terhadap majlis tersebut.

Bukan itu saja, nama Siti Nurhaliza juga dilihat trending di Twitter yang mana kebanyakan netizen di laman tersebut meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada penyanyi tersebut yang dianggap tidak pernah mendatangkan masalah sebelum ini.

Siti

Tweet 2

 

“Tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku” – Siti Nurhaliza 

Disebabkan isu semakin hangat diperkatakan, akhirnya Siti telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut yang dikongsikan di Instagram.

Menurut kenyataan tersebut, dakwaan yang mengatakan majlis tahnik yang diadakan untuk anaknya itu melanggar SOP timbul selepas seorang pendakwah dari negeri lain hadir ke majlis tersebut sebagai tetamu.

Pun begitu, menurut Siti, pendakwah tersebut sebenarnya memang kebetulan ada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis diadakan. Oleh itu, tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku seperti yang diperkatakan netizen.

Di sini ingin kami memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” katanya.

 

Kehadiran Menteri Agama, bukan majlis khas seperti disangka 

Selain itu, kehadiran Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga dipersoalkan netizen.

Menjawab kepada isu itu, Siti juga memberitahu bahawa majlis tersebut bukanlah majlis khas seperti yang disangka ramai dan kehadiran menteri agama juga hanya seketika saja sebelum terpaksa pulang atas urusan kerja.

“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka. 

“Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sebelum bergegas pulang untuk urusan lain,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Siti menjelaskan bahawa penjelasan tersebut bukanlah untuk mempertahankan dirinya daripada kecaman netizen namun sebagai pencerahan atas beberapa perkara yang menimbulkan salah faham dan kekeliruan terhadap pihak tertentu.

Beliau juga memohon maaf jika isu tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak dan pihaknya juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa jika diperlukan.

Apa-apapun diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak lagi menimbulkan kekecohan di media sosial. 

Baca: Majlis Tahnik Tokti Berjalan Lancar, Tapi Netizen Dakwa Ada Isu Rentas Negeri?

Cover 4

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.