in

“Kaki diikat & hanya berlampin” – Serbuan Polis Indonesia Bongkar Pend*raan Kanak-kanak, 13 Individu Ditahan

Budak Didera Diikat Taska

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar di media sosial negara jiran dengan sebuah rakaman video yang amat pedih untuk dilihat, memaparkan sekumpulan kanak-kanak didakwa didera dalam sebuah taska.

Menurut sumber, kes terbongkar selepas pihak berkuasa melakukan serbuan di pusat jagaan Litte Aresha yang terletak di Yogyakarta, susulan laporan daripada bekas pekerja, pada Jumaat lalu.


Dalam video tular itu, memaparkan kanak-kanak, kebanyakannya berusia bawah dua tahun, terbaring di lantai hanya memakai lampin, dengan tangan dan kaki mereka diikat menggunakan kain.

Ketua polis bandar, Eva Guna Pandia berkata, seramai 13 individu ditahan didakwa sebagai suspek dalam kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan terbabit.

Mereka yang ditahan termasuk 11 penjaga kanak-kanak, serta pengetua dan ketua yayasan yang mengendalikan pusat itu.

Polis juga mengesahkan rakaman tersebut adalah sahih dan turut menemui 20 kanak-kanak ditempatkan dalam sebuah bilik berukuran hanya tiga kali tiga meter.

Screenshot 2026 04 28 154946

Menurut polis, suspek mendakwa mengikat sebahagian kanak-kanak bagi mengelakkan mereka menganggu kanak-kanak lain.

Mereka memberi alasan sedemikian kerana pusat itu kekurangan kakitangan, dengan jumlah petugas tidak mencukupi untuk memandikan dan menjaga kanak-kanak.

Difahamkan, pusat jagaan itu menempatkan kira-kira 100 kanak-kanak, dengan lebih separuh dipercayai telah menjadi mangsa penganiayaan.

Bapa kepada salah seorang mangsa mendakwa anak perempuanya berusia enam tahun kadangkala pulang dengan lebam, manakala anak lelakinya beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat pneumonia, yang kini disyaki mungkin berpunca daripada keadaan tidur di lantai sejuk tanpa pakaian.

Kesemua suspek berdepan pelbagai pertuduhan termasuk pengabaian kanak-kanak, dan pertuduhan lain mungkin ditambah sepanjang siasatan dijalankan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.