in

LHDN Bakal Perkenal e-PCB Plus, Ganti Potongan Cukai Sedia Ada

ft tax LHDN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal memperkenalkan sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus. Ia bagi menggantikan sistem yang ada iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platform menerusi portal MyTax.

LHDN dalam kenyatannya hari ini memaklumkan bahawa perlaksaan sistem baharu ini seiring dengan pelan peralihan ke arah sistem e-PCB Plus Fasa 1 yang bermula pada 24 September lepas.


Artikel berkaitan : Tular Video Geng Rempit ‘Berjemaah’ Guna 2 Lorong Lawan Arus, Ini Puncanya…

Artikel berkaitan : Bubblebee Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta, Shuib Mengaku Tak Bersalah

suasana luar lhdn

“Susulan pelaksanaan sistem perkhidmatan baharu ini, majikan diminta untuk menyelesaikan semua pengemukaan data dan bayaran PCB bagi potongan bulan semasa atau potongan tahun kebelakangan pada atau sebelum 15 Jan 2025.”

LHDN maklumkan bahawa bermula 15 Januari ini, sistem PCB sedia ada dibuka hanya untuk paparan sahaja bagi membolehkan majikan membuat semakan terhadap maklumat atau rekod PCB yang terdahulu.

Screenshot 2025 01 08 161039

Jelasnya, fungsi lain seperti seperti pengisian, pengiraan dan bayaran PCB akan ditutup sepenuhnya. Oleh itu, perlaksanaan sistem e-PCB Plus sepenuhnya akan dimaklumkan sebelum dibuka secara rasmi bagi kegunaan seluruh majikan dan pengguna.

Sehubungan itu, LHDN telah emnayrankan agar majikan yang masih lagi menggunakan sistem e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 dan masih belum membuat pendaftaran peranan di sistem e-PCB Plus untuk menyelesaikan semua pengemukaan berkaitan dengan segera bagi melancarkan proses peralihan berkenaan.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.