in

Lelaki Sanggup Menyamar Jadi Perempuan Untuk Ganti ‘Girlfriend’ Jawab ‘Exam’, 3 Hari Lepas Tu Baru Kantoi

Menyamar Girlfriend

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, cinta itu buta. Sebab tu lah kadangkala kita nampak atau dengar kisah seseorang yang sanggup buat apa saja untuk pasangan mereka, walaupun benda tu memudaratkan tapi sebab sayang punya pasal, ditelannya juga.



Perkara lebih kurang sama dilaporkan berlaku di Senegal dimana seorang lelaki dewasa sanggup berpakaian seperti seorang pelajar perempuan sekolah tinggi untuk menggantikan teman wanitanya menjawab peperiksaan graduasi. Paling hebat tu, dia berjaya tipu pihak sekolah dan pegawai peperiksaan selama 3 hari!

Bu Drapeaux Good 1 1024X768 1 E1628395790103

Memetik portal Oddity Central, Khadim Mboup, 22, yang merupakan seorang pelajar disanggup menyamar sebagai seorang pelajar perempuan sekolah tinggi untuk menjawab Baccalaureate (peperiksaan graduasi sekolah tinggi) bagi pihak teman wanitanya, Gangué Dioum, 19.

Senegalese Man E1628395712723

Difahamkan, untuk memastikan penyamarannya berkesan, Mboup memakai rambut palsu panjang yang ditutup separuh dengan scarf tradisional. Malah, lelaki itu juga memakai anting-anting, gaun, bra dan turut mengenakan solekan supaya dia kelihatan lebih kurang sama dengan teman wanitanya.

Meskipun Mboup berjaya mengekalkan penyamarannya itu selama 3 hari, ia tidak berkekalan selepas seorang supervisor menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Mboup.

Mboup akhirnya ditahan pihak berkuasa tempatan pada 31 Julai lalu dan dituduh melakukan penipuan. Teman wanita Mboup juga ditahan tidak lama selepas itu ketika gadis terbabit sedang menunggu teman lelakinya di sebuah bilik motel. Ketika ditahan, Mboup mengaku kesalahannya tapi dia mendakwa dia melakukan penipuan itu semata-mata kerana terlalu sayangkan teman wanitanya.

Medium 2021 08 06 F33F8Eaefb E1628395819540

“Saya melakukan penipuan ini atas dasar cinta sebab teman wanita saya ada masalah serius untuk memahami subjek Bahasa Inggeris,” katanya.

Pun begitu, alasan Mboup tidak diterima pihak berkuasa dan pasangan kekasih terbabit kini berisiko diharamkan dari menduduki mana-mana peperiksaan Pendidikan Nasional untuk jangka masa maksimum lima tahun.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mungkin diharamkan daripada menduduki mana-mana peperiksaan kelayakan atau peperiksaan diploma yang dilakukan badan pendidikan tinggi awam. Mboup dan teman wanitanya juga didenda dan akan menghabiskan masa di penjara selama satu hingga lima tahun.

Sumber: Oddity Central

Baca: Lelaki Umur 20 Tahun ‘Kantoi’ Menyamar Jadi Doktor di PPV, Mengaku Belajar Perubatan Secara ‘Online’ Saja

Menyamar Jadi Doktor E1628395614412

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.