in

Lelaki Puji Kejujuran Rakyat Jepun Selepas Dompet Berisi RM6,200 Hilang Ketika Melancong Ditemui

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kalau hilang dompet di Malaysia ni, harapan untuk dompet anda ditemui semula sangat tipis. Kalau jumpa pun, mungkin isi dalam dah takde. Tetapi lain pula ceritanya di Jepun.


Seorang lelaki baru-baru ini kongsikan pengalaman beliau yang kehilangan dompet ketika bercuti di Kyoto, Jepun.

Pada 14 Disember lalu, Lim Boon Sun bersama 4 ahli keluarganya sedang menikmati percutian mereka di negara itu. Malangnya, Lim telah kehilangan dompetnya bersama wang tunai di dalam itu kira-kira jam 4 petang pada hari tersebut. Tidak mahu melengahkan masa, beliau kemudian membuat laporan polis pada jam 6 petang dan berharap dompetnya itu akan ditemui semula dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.

Ketika di balai polis, pegawai polis bertugas terus check sistem jika ada sesiapa yang datang ke balai polis itu kerana menjumpai dompet.

Jepun1
sumber: facebook | lim boon sun

Selepas memeriksa sistem, Lim diberitahu oleh pegawai polis itu bahawa dompetnya telah dijumpai oleh seseorang dan telah diserahkan ke balai polis lain berdekatan kawasan itu. Kalau dekat Malaysia, taktau lah ada ke tak…

“Pegawai polis itu memeriksa sistem sebelum memberitahu bahawa seseorang telah menemukan dompet saya dan menyerahkannya kepada balai polis yang lain. Kami terus menaiki kereta api bawah tanah untuk ke balai polis tersebut dan mengambil dompet saya pada jam 8.30 malam.” kata Lim

Setibanya mereka di balai polis yang dikatakan itu, beliau perlu mengisi borang terlebih dahulu. Semuanya berjalan dengan begitu lancar dan mudah sekali.

Jepun2
sumber: facebook | lim boon sun

Menurut Lim, beliau sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan Jepun. Beliau turut berjabat tangan dengan mereka sebagai tanda terima kasih sebelum meninggalkan balai polis berkenaan.

Rakyat Jepun sangat jujur dan efisyen (apabila bekerja). Wang tunai di dalam dompet saya (Yen Jepun dan Dollar Amerika) bernilai RM6,200 masih ada di dalam dompet!”

– Lim

Jepun3
sumber: facebook | lim boon sun

 

Jepun4
sumber: facebook | lim boon sun

Wang tunai tersebut adalah untuk menampung segala perbelanjaan mereka sekeluarga semasa percutian itu. Bayangkan betapa leganya bila dapat tahu dompet dijumpai dan wang tunai sebanyak tu masih ada….

“Tak tahu lah apa akan jadi kalau dompet saya tidak dijumpai,” katanya.

Netizen yang membaca kisah Lim di Facebook rata-rata memuji tahap efisyen pihak berkuasa tempatan di Jepun dalam membantu beliau mencari dompetnya serta kagum dengan kejujuran penduduk Jepun.

Tapi, faham faham lah kan macam mana pulak situasinya kalau kejadian kehilangan dompet macam ni jadi dekat Malaysia. Hmmmm…..

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.