Lelaki Penggal Kepala Isteri Curang Dan Berkeliaran Memegang Kepala Tersebut

Benar kata orang, apabila terlalu marah kita menjurus kepada melakukan sesuatu di luar kawalan tanpa berfikir dengan waras. Seperti seorang lelaki ini yang bertindak penggal kepala isterinya selepas mendapat tahu isterinya itu mempunyai hubungan sulit bersama lelaki lain. Kejadian luar biasa ini dilaporkan berlaku di Ingoria, India pada 30 Januari lalu.

Narayan Singh, 38, merupakan seorang pekebun di kampung Ghareli dikatakan naik marah sejurus melihat isterinya, Sarita,28, bersama seorang lelaki di kebun miliknya. Takde tempat lain ke?

Sumber: daily.bhaskar.com

Menurut jiran, Narayan tidak dapat menahan sabar selepas melihat isterinya bersama lelaki tersebut sebelum naik marah lalu mengambil pedang dan memenggal kepala wanita itu.

Terkejut dengan apa yang dilakukan Narayan, jiran tetangga terus menghubungi pihak polis dan memberitahu tentang kejadian tersebut. Namun, sebelum pihak polis sampai ke lokasi kejadian, Narayan terlebih dahulu telah berjalan sejauh 5 batu menuju ke balai polis sambil memegang kepala isterinya.

Sumber: daily.bhaskar.com
Sumber: Daily Mail Online

Narayan sempat memberitahu orang kampung yang melihatnya berjalan memegang kepala isterinya bahawa wanita itu telah menghilangkan kepercayaan yang diberinya.

Disebabkan itu, saya penggal kepalanya. Saya telah beri amaran kepadanya sebanyak dua kali sebelum ini tetapi dia tidak memperbaiki kesilapannya.” kata Narayan kepada orang  kampung.

Menurut penduduk kampung, ini adalah kali kedua isterinya itu berlaku curang dengan lelaki yang sama. Narayan ketika itu dikatakan sedang mengintip tindak tanduk dan pergerakan isterinya sebelum mendapat tahu mereka berdua sedang dating di sebuah pondok kebun.

Mayat isterinya dijumpai di kebun Narayan sebelum dibawa keluar oleh pihak polis dengan bantuan penduduk kampung.

Sumber: daily.bhaskar.com
Sumber: daily.bhaskar.com

Ketika kali pertama mendapat tahu isterinya itu curang, Narayan memaafkan isterinya tetapi turut memberi amaran bahawa akibat buruk akan berlaku jika mereka berdua masih bertemu. Dah warning pun buat lagi…

Sumber polis berkata, Narayan telah dihantar kepada jagaan kehakiman selama 14 hari sebelum dibicarakan di mahkamah.

Menurut penduduk, Narayan mengikut rapat setiap aktiviti dan pergerakan isterinya sejak beberapa hari yang lalu. Dia dipercayai sedang berkhayal ketika berkeliaran di kawasan kampung bersama kepala isteri yang dipegangnya itu,” kata pegawai penyiasat, Vijay Khatri.

Setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing dan mungkin bagi lelaki ini, tahap kesabarannya sudah pun sampai ke tahap yang paling maksimum.

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!