in

Lelaki Belasah Perempuan Simpanan Bapa Kerana Berang Jadi Punca Ibu Bapanya Bercerai

Per Simpanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Belasah Perempuan Simpanan Bapa Kerana Berang Jadi Punca Ibu Bapanya Bercerai
Loading
/

Anak mana yang tak marah apabila mengetahui bapanya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Berang dengan apa yang menimpa perkahwinan ibu dan bapanya, seorang lelaki telah bertindak mengikut hati dengan memukul perempuan simpanan bapanya tanpa belas kasihan di tengah jalan.


Menurut Shanghaiist, lelaki tersebut telah mengheret seorang wanita ke tengah jalan yang sesak di kawasan Henan dan memukul mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu di hadapan khalayak ramai. Gila lah!

Son Beats Mistress
sumber: shanghaiist

Melalui sebuah video rakaman, lelaki berkenaan juga dilihat menarik rambut kekasih gelap bapanya dan menumbuk wanita itu di bahagian perut. Kepala mangsa juga ditampar sambil kata-kata makian dihamun oleh anak lelaki kekasih gelapnya itu.

Capture 20170830 181231
sumber: shanghaiist
Capture 20170830 181341
sumber: shanghaiist

Manakala orang awam di sekeliling pula hanya berkumpul dan melihat kejadian berkenaan tanpa berbuat apa-apa untuk menghentikan tindakan ganas lelaki itu.

Capture 20170830 181121
sumber: shanghaiist

Menurut salah seorang saksi kejadian, suspek bertindak demikian kerana menuduh wanita tersebutlah menjadi punca penceraian ibu bapanya yang bakal berlaku tidak lama lagi. Meskipun begitu, punca sebenar kejadian belum diketahui dan pihak polis di bandar Yuzhou masih menjalankan siasatan.

Berikut rakaman dari kejadian berkenaan:

Itulah siapa suruh jalinkan hubungan dengan suami orang. Tak pasal-pasal kena pukul dan dimalukan. 

Baca: Wanita Hamil Dibelasah Teman Lelaki Selepas Bertengkar Kerana Skandal Aplikasi Line

Belasahhhhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.