in

Kurta Tayang Lurah?

Lurah Seksi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tahun-tahun sebelum ni ada je fesyen pelik menjelang raya, contohnya Jubah Pahlawan lah, baju kurung Hello Kitty lah dan lain-lain. Kali ni muncul lagi satu fesyen raya khas buat golongan lelaki yang boleh buat korang pening kepala.


Fesyen kurta daripada @messedupapparel ni dah mendapat perhatian netizen kerana design bajunya yang dikatakan agak menjolok mata. Ye lah mana tak menjolok matanya, bahagian leher pakaian tu sengaja diluaskan sehingga dedah lurah dada lelaki. Waduh-waduh ni fesyen apa ni gaisss!

Baju 1
sumber: blog

Kurta yang dinamakan Kurta Rouh ni telah mendapat pelbagai kritikan dari netizen yang persoal apa sebab rekaan baju dibuat dengan dedahkan bahagian dada. Nak seksi-seksi di pagi raya ke? Kang ada jugak yang kena hempuk dengan kuali rendang!

K
sumber: twitter
Dehjkg3U0Aamkni 1
sumber: twitter
Dehjmc1V4Aaoegd
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, akaun Twitter Messed Up Apparel ni ada jugak mengeluarkan posting yang meminta netizen tak halau tetamu yang memakai baju Kurta Rouh di pagi raya. Mereka jugak ada beri diskaun berganda-ganda bagi pembeli yang ingin dapatkan set pasangan.

Baju 2
sumber: blog
Baju 3
sumber: blog
Baju 4
sumber: blog

So ada yang berminat nak bergaya dengan kurta dedah lurah di pagi raya? Cepat-cepatlah order ye. Raya pun dah tak berapa hari je lagi… 

Baca: 10 Fesyen Raya Pelik Mendapat Kecaman Netizen di Media Sosial

Fesyen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.