in ,

“Kreatif weh” – [FOTO] Penyampai Berita Pakai ‘Baju Sekolah’ Sempena Hari Pertama Sekolah Dibuka Semula!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari pertama sekolah dibuka untuk pelajar yang bakal hadapi SPM, STPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).


Jadi untuk kembalikan semula suasana persekolahan, kesemua pembaca berita dari RTM dan pengacara Selamat Pagi Malaysia, memakai pakaian sekolah ketika bertugas hari ini.

Menerusi Facebook Awang Suffian Bin Awang Hussin, dia telah kongsikan gambar di mana pembaca berita dan pengacara rancangan mengenakan baju sekolah ketika membuat liputan secara langsung hari ini.

Korang tengok gambar ni, memang unik tau…

Perkara macam ni memang jarang berlaku, sebelum ni penyampai TV3 dengan gaya TikTok, kali ini RTM pula cari style untuk tarik minat penonton.

Rata-rata netizen terpegun dengan penyampai berita yang bertugas ketika itu. Bagi mereka cara ini dapat dijadikan sebagai kenangan besar sewaktu kita hadapi gejala wabak.

 

Idea super duper, tahniah RTM!

Tahniah RTM..kreatif..

Memang idea luar dari kotak, lepas ni apa pula? Mesti banyak idea kreatif yang dorang sediakan untuk tunjukan pada penonton…

 

Baca: “Ala-ala TikTok gitchewww” – Style! Netizen Kagum Tengok Wartawan Buat ‘Pass Baton’ Waktu Laporkan Situasi Raya Di Malaysia

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.