Dalam meraikan lebaran 2020 ini, semua orang ingin menunjukkan cara keunikan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ mereka di sosial media.
Tidak terlepas bagi kumpulan wartawan ini, merekan bukan memberi ucapan tetapi melaporkan situasi raya di negeri kelahiran mereka.
Dalam melaporkan situasi raya, mereka turut menampilkan gaya kreatif ketika menukar laporan dari negeri ke negeri.
Menerusi akaun twitter @hanifjamals, dia sempat merakam cara kreatif wartawan TV3 dalam melaporkan situasi raya. Apa yang kreatif? Bila mereka nak pass microphone tu, tengok macam mereka seperti bersebelahan.
Dorang pass-pass microphone ni teringat dekat ‘dont rush challenge’ pulak!
Style mereka ini telah mencuri tumpuan netizen, rata-rata semua kagum dengan cara mereka dan ada juga yang terhibur bila masuk wartawan favourite mereka.
TikTok style…
Semakin maju dah sekarang
Makin kreatif
Kadang-kadang idea kreatif ni bukan sahaja dapat menghiburkan hati netizen. Malah ianya dapat menghiburkan hati wartawan itu sendiri.