Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang membuat khidmat menjahit dan menjual pakaian seragam sekolah secara ansuran bagi meringankan beban ibu bapa telah menerima sokongan daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Bagi beliau, usaha NADI dalam memberikan dorongan kepada komuniti menerusi pembuatan baju seragam sekolah itu disifatkan sebagai satu inisiatif yang sangat penting serta memberi manfaat kepada rakyat.
Artikel berkaitan: “Saya tak rasa desakan untuk meletak jawatan itu adalah supaya saya benar-benar berundur” – Fadhlina Sidek
Artikel berkaitan: Cikgu Din Ditempatkan Sementara Di Sekolah Di Kelantan – Fadhlina Sidek
Fadhlina berkata, isu pakaian seragam sekolah sememangnya antara perkara yang sering dibangkitkan ibu bapa terutamanya sewaktu persiapan anak-anak untuk memasuki sesi persekolahan.
“Sebagai Ahli Parlimen, ini (pakaian seragam sekolah) antara perkara yang sentiasa (difikirkan bila) nak masuk sekolah, itulah menjadi sebahagian daripada permintaan ibu bapa terkait dengan pakaian seragam ini.”
“Tapi (inisiatif) NADI menggunakan konsep bayar secara ansuran sedikit sebanyak memberikan keringanan kepada ibu bapa.”

Jelasnya lagi, ia antara program yang bagus untuk rakyat dan Fadhlina juga menyatakan hasrat untuk memberikan komitmen terhadap projek tersebut khususnya bagi persiapan musim persekolahan tahun depan.
Tambah beliau, diharapkan program NADI akan terus memberikan peranan sebagai penghubung antara rakyat dengan kerajaan dalam menyampaikan aspirasi kerajaan serta memastikan pembabitan keseluruhan rakyat.
Sebagai info, insiatif pakaian seragam sekolah dijahit ini oleh 120 alumni NADI Mahir yang pernah mengikut kursus kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI adalah salah satu langkah ke hadapan sebelum menjadi usahawan.
Sumber: Harian Metro
