in

“Koyak member” – [VIDEO] ‘Scammer’ Wanita Kena ‘Scam’ Balik Dengan Pak Cik

Main Ejek Kisah Kisah Pulak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara masalah terbesar yang dihadapi orang ramai kebelakangan ini adalah apabila terpaksa berdepan dengan scammer, baik secara online ataupun secara dalam talian.


Mereka yang melakukan ‘kerja-kerja’ ini biasanya seboleh-boleh akan mendapatkan informasi peribadi seperti nombor kad pengenalan atau nombor akaun dengan tujuan untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak.

Bagaimanapun, tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berusia mendapat panggilan dari scammer tetapi dia telah memberikan respon yang buatkan scammer itu terduduk!

@naddykekey

??? #fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #fypシ #fyp

♬ original sound – Naddy Kekey – Naddy Kekey

Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan seorang pak cik mendapat panggilan telefon yang mencuba untuk mendapatkan nombor kad pengenalannya.

Bagaimanapun, respon pak cik tersebut membuatkan scammer itu bertukar intonasi suaranya dan kedengaran seperti dia ‘koyak’ dengan apa yang dikatakan oleh pak cik tersebut.

“Awak mintak IC saya? Awak siapa? Awak bapak saya ke?” katanya.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia itu turut mengingatkan scammer itu apa yang dilakukannya itu salah disisi undang-undang dan berdosa kerana menyusahkan orang lain.

“Saya tak dpt encik saya dapat org lain’’

Pun begitu, scammer tersebut ada menyebut jika dia tidak dapat menipu pak cik tersebut dia masih boleh kenakan orang lain.

Video tersebut mendapat perhatian netizen, rata-rata memuji tindakan pak cik tersebut tetapi ramai juga yang risau tentang keselamatan orang ramai yang mungkin termakan dengan ‘umpan’ scammer tersebut.

Smr

Memang kelakar tapi korang kena hati-hati juga tau dengan scammer ni! Makin licik diorang sekarang…

Baca: “Hebat scammer sekarang, jadi Permaisuri Agong!” –  Rizalman Kongsi Pengalaman ‘Scammer’ Minta RM 3K

Untitled Design 2022 06 01T152127.004

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.