in

Kes Gas Ammonia Bocor: Kilang Tiada Lesen Simpan Bahan Berbahaya

Page 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi semalam telah dilaporkan dua pekerja kilang ais di Seksyen 36, Shah Alam maut selepas terhidu gas ammonia yang bocor di premis itu, lapor Berita Harian.


Menurut Free Malaysia Today, kilang ais berkenaan telah pun diperiksa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan rupa-rupanya premis tiada lesen atau kebenaran untuk menyimpan bahan berbahaya!

Kebocoran Gas Ammonia Bernama
sumber: fmt

Dalam satu kenyataan, MBSA mengarahkan kilang yang hanya mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti pemprosesan ais  itu untuk menghentikan operasi sementara bagi memudahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat meneutralkan bacaan paras ammonia di kawasan kilang tersebut.

“Untuk makluman, pihak bomba dan penyelamat berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat dan berusaha memastikan kawasan kilang dan persekitaran kawasan tidak lagi dicemari gas tersebut.

“Pada masa sama, pasukan Pantas MBSA juga berada di lokasi untuk membantu pasukan bomba dan penyelamat serta polis memantau situasi di kawasan tersebut.”

2 6
sumber: berita harian

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata jumlah pekerja kilang ais yang terdedah kepada gas ammonia itu seramai 27 orang termasuk dua kematian.

Daripada jumlah itu, seramai 10 orang diintubasi, sembilan diletakkan di bawah pemantauan hospital dan enam dibenarkan pulang serta mereka diberikan pendidikan kesihatan mengenai tanda keracunan gas ammonia.

Bocor01
sumber: malaysian gazette

Selain itu, semua fasiliti kesihatan di Selangor dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan supaya membuat pemantauan serta melaporkan kepada bilik gerakan di Crisis Preparedness and Response Centre,  Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, sekiranya terdapat pesakit yang datang dengan tanda keracunan gas ammonia.

Tanda-tanda keracunan adalah:

  • Sakit kepala
  • Batuk
  • Kegatalan pada mata
  • Hidung dan ‘drooling of saliva’ (air liur meleleh)
  • Juga menyebabkan iritasi
  • Kelecuran pada kulit yang terdedah.

Orang awam yang mengalami tanda dan gejala keracunan gas ammonia dinasihatkan segera pergi ke klinik atau fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Sesiapa yang ada tanda-tanda tu segera dapatkan rawatan ye.

Baca: Satu Universiti Kena Pindah Kerana Sangka Terbau Gas Bocor, Rupa-rupanya Bau Durian!

Guess Which Fruit Sent A Library Into Lockdown World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.