in

“Kerja 4 1/2 hari je seminggu”-Netizen Suka Tengok Surrounding Kerja Calaqisya, Waktu Kerja Singkat Tapi Sale Masih Tiptop

Sa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak kenal syarikat Calaqisya yang dikendalikan oleh 3 beradik ini. Perempuan kenal la kot sebab Calaqisya ni jual banyak baju untuk perempuan.


Untuk pengetahuan korang, Calaqisya ini merupakan syarikat perniagaan yang menjual pakaian mengikut syariah Islam. Baju diorang memang menutup aurat.

Capture 23

Baru-baru ini, Calaqisya buat  ‘prosedur baharu’ untuk tempoh bekerja bagi pekerja mereka. Kalau dulu, memang hari-hari kena masuk office, sekarang cuma perlu bekerja untuk tempoh 4 1/2 hari sahaja. Wah, seronoknya!

Pemilik akaun @Yanakhairuddin yang merupakan salah seorang founder Calaqisya berkongsi berita ini melalui video Tiktok miliknya minggu lepas.

Poiut

Sebenarnya, prosedur baharu ini masih lagi dalam tempoh percubaan. Ni orang kata cuba try test la kiranya.

Pendekatan ini dibuat oleh mereka untuk jadikan tempoh bekerja lebih sihat dan seimbang. Tak ada lah stress 24/7 dengan kerja nanti. Biar balance la masa kita untuk kerja dan keluarga di rumah.

 

Sale tip top, stress kurang

Ramai netizen juga menyokong pendekatan tersebut malah ramai juga yang berharap agar waktu kerja mereka juga sedemikian rupa.

12

Rata-rata netizen beri pandangan positif terhadap berita tersebut dan ada yang beri komen cakap mungkin berkat Calaqisya tak tipu customer dari segi kualiti material pakaian mereka jadi faktor  sale masih tiptop walaupun kerja dalam waktu singkat.

14

Siapa je tak suka dapat kerja half day je kan? Katanya pukul 1 office dah tutup.

“Pekerja dan boss pun mainkan peranan, memang kerja 4 1/2 hari, tapi dalam masa hari bekerja tu diorang memang fokus pada kerja so kualiti tu memang 100%.”

Ada juga yang cadang Malaysia patut amalkan kerja half day untuk hari Jumaat. Wah, seronok la macam tu.

13 1

Kadang-kadang perubahan yang kecil tu boleh bagi impact yang besar. Betul tak? Wallahualam.

 

Sumber: meirasid

Baca: “Dapat surat merentas untuk urusan kerja”- Bukan Berbulan Madu, Risteena Perjelas Isu Rentas Negeri Dengan Suami Ke Sabah

Capture 22

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.